Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, July 09, 2013

             MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT 
                    PERINGKAT ARMADA

Disediakan Oleh : Lt Asyraf

Ketua Staf MarkasArmada turut hadir
           Pada 9 Jul 13, Majlis Pemakaian Pangkat Peringkat Armada telah diadakan di geladak kereta kebal KD MAHAWANGSA. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan semua anggota yang dinaikkan pangkat ke Pegawai Waren I, Pegawai Waren II, Bintara Kanan, Bintara Muda dan Laskar Kanan di peringkat armada.

Pegawai Kanan Armada memakaikan pangkat

Pemakaian pangkat untuk Pegawai Waren
          Turut hadir ke majlis ini adalah Ketua Staf Markas Armada, Yang Berbahagia Laksma Dato’ Chin Yoon Chin, Pegawai Kanan Armada, Pegawai-Pegawai Memerintah, serta para pegawai daripada setiap kapal yang terlibat. Isteri kepada anggota yang dinaikkan pangkat juga hadir untuk sama-sama menyempurnakan majlis pemakaian pangkat yang gilang-gemilang ini.

Ketua Staf Markas Armada memberikan ucapan

Sesi bergambar
          Pemakaian pangkat untuk Bintara Kanan dan ke bawah telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah bagi unit masing-masing dan juga isteri anggota manakala bagi Pegawai Waren I dan Pegawai Waren II telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Armada, Laksma Dato’ Chin Yoon Chin dan  juga Pegawai Kanan Armada. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi bergambar oleh semua anggota yang dinaikkan pangkat bersama Ketua Staf Markas Armada dan juga Pegawai-Pegawai Memerintah. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan jamuan yang telah disediakan.

Para hadirin menikmati hidangan yang disediakan
          Selain itu, majlis seperti ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama di antara unit-unit armada. Jalinan silaturahim yang telah lama terjalin ini haruslah dikekalkan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ini. Usaha gigih daripada setiap kapal dan perancangan yang rapi oleh jawatankuasa dalam menjayakan majlis ini telah menjadikan majlis pemakaian pangkat pada kali ini meriah dan bermakna oleh anggota yang diraikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...