Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, July 30, 2013

JELAJAH RAMADHAN BERSAMA RTM
Disediakan oleh : Lt Wan Hanafi 

      Tanggal 28 Jul 13 menjadi satu lagi detik bersejarah buat KD MAHAWANGSA apabila diberi penghormatan sebagai kapal platform bagi menjayakan Program Jelajah Ramadhan RTM bersama TLDM di Pangkalan TLDM Langkawi ( PTLW). Program tersebut juga melibatkan 14 orang anak Yatim daripada Pusat Asuhan Al-Taqwa dan juga 8 orang Ibu Tunggal untuk bersama-sama merasai pengalaman mengikuti pelayaran dan juga suasana berbuka puasa di atas kapal. Pogram ini juga telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Langkawi Yang Berbahagia Datuk Ir Nawawi bin Ahmad, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Haji Mohammed Noordin bin Ali, Panglima Mawilla 3 Laksamana Pertama Dato' Pahlawan Mior Rosdi bin Dato' Mior Mohd Jaafar dan juga Ketua Penyiaran Radio Televisyen Malaysia ( RTM) Pn. Lee Woo Sioh sebagai tetamu jemputan bagi Program Jelajah Ramadhan pada tahun ini.
Ketibaan Timbalan Panglima Tentera Laut
 
Ketibaan Ahli Parlimen Langkawi
       KD MAHAWANGSA sebagai platform untuk Program ini telah memulakan pelayaran ke Langkawi dari Tambatan Pengkalan Lumut ( TPL) pada 26 Jul 13 dan telah selamat merapat di jeti PTLW pada 27 jul 13 jam 0930H. Persediaan untuk program ini telah dijalankan sebaik kapal merapat di jeti PTLW oleh anggota dari Mawilla 3 yang telah ditugaskan untuk mengendalikan perjalanan program. 
Taklimat keselamatan juga diberikan
       Pelayaran Jelajah RTM bersama TLDM bermula dengan KD MAHAWANGSA berlayar keluar dari PTLW pada jam1730H bersama-sama jemputan. Seterusnya kapal telah bersauh kira-kira 8 batu nautika dari PTLW dan jemputan berkesempatan untuk melihat pemandangan dari atas kapal yang jarang diperolehi dimana-mana. Anak- anak yatim, ibu tunggal dan tetamu jemputan telah dibawa melawat bahagian kapal dan juga temuramah bersama RTM.
Temuramah bersama RTM
 
Temuramah bersama RTM
      Majlis berbuka puasa telah diadakan di geladak Penerbangan dengan suasana yang cukup meriah dengan pemandangan yang begitu mengasyikkan. Azan berkumandang telah menandakan masuknya waktu berbuka puasa dan  setelah menjamah sedikit kuih muih, para tetamu dibawa ke geladak kereta kebal untuk menunaikan solat  maghrib secara berjemaah.
Para tetamu undangan
Anak- anak yatim menikmati hidangan
Solat berjemaah di geladak kereta kebal
       Acara diteruskan selepas solat magrib dimana jemputan dibawa ke geladak penerbangan untuk menikmati Juadah yang telah disediakan. Selesai menikmati juadah,jemputan menunaikan solat isyak dan tarawih secara berjemaah dan  acara pemberian sedikit buah tangan kepada anak –anak yatim yang telah dilakukan di geladak penerbangan.
Persembahan nasyid turut diadakan
Pemberian cenderahati untuk anak-anak yatim

      Acara berlansung sementara anggota KD MAHAWANGSA bersiap sedia untuk  kembali ke PTLW. Kapal telah selamat merapat di PTLW pada jam 2230H dan majlis telah berakhir pada jam 1130H.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...