Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, July 03, 2013

Audit Persijilan 5S KD MAHAWANGSA

Disediakan oleh : Lt Hanafi
 
Laporan Audit 5S

          Pada 1 Jul 13 telah dijalankan Audit Persijilan Sistem Amalan 5S di KD MAHAWANGSA. Seperti yang diketahui umum, KD MAHAWANGSA telah dipersijilkan dengan Amalan 5S pada Januari 2012 dan telah diiktiraf sebagai duta MPC. Audit Persijilan Amalan 5S ini telah dijalankan oleh En. Zul Ezwan Muhammad sebagai Juruaudit yang telah diberi tanggungjawab oleh pihak Malaysian Productivity Corporation (MPC) untuk menilai Sistem Pengamalan 5S yang telah djalankan di KD MAHAWANGSA.
Pemeriksaan Fail Kumpulan 5S
          Audit Persijilan 5S ini telah dijalankan serentak dengan Audit Pengurusan Kapal. Juruaudit telah dibawa ke geladak kereta kebal untuk mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kept Roslee bin Mohamad Isa TLDM. Juruaudit seterusnya dibawa melawat ke beberapa tempat di kapal selepas berakhirnya taklimat. Juruaudit telah dibawa melihat ke persekitaran kapal dan diberi penerangan tentang setiap kompartmen yang dilawati mengenai tatacara pengamalan 5S di setiap Kompartmen.
Ketua Kumpulan Eastin memberikan taklimat
              Seterusnya, Juruaudit dibawa ke Pusat Informasi Tempur (CIC) untuk memeriksa setiap dokumen  berkaitan Sistem Amalan 5S yang telah dipraktikkan serta perjalanan dan rancangan yang telah dilakukan sepanjang setahun kapal dipersijilkan dengan Amalan 5S. pemeriksaan dokumen telah berlangsung selama dua jam melibatkan pemeriksaan dokumen Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Promosi, Jawatankuasa Audit  Dalaman, Jawatankuasa Latihan dan Fail Kumpulan.
Penyampaian cenderahati kepada Juruaudit
           Pada jam 1630H, juruaudit selesai menilai dan beliau telah berpuashati tentang dokumentasi yang telah ditunjukkan seterusnya mengumumkan KD MAHAWANGSA dikekalkan dengan Persijilan 5S untuk tahun 2013. Pengumuman telah dibuat di Wisma Perwira dan keputusan Persijilan 5S di KD MAHAWANGSA dikekalkan disambut dengan gembira oleh Tim Pengurusan dan warga kapal.
     

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...