Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, July 30, 2013

JELAJAH RAMADHAN BERSAMA RTM
Disediakan oleh : Lt Wan Hanafi 

      Tanggal 28 Jul 13 menjadi satu lagi detik bersejarah buat KD MAHAWANGSA apabila diberi penghormatan sebagai kapal platform bagi menjayakan Program Jelajah Ramadhan RTM bersama TLDM di Pangkalan TLDM Langkawi ( PTLW). Program tersebut juga melibatkan 14 orang anak Yatim daripada Pusat Asuhan Al-Taqwa dan juga 8 orang Ibu Tunggal untuk bersama-sama merasai pengalaman mengikuti pelayaran dan juga suasana berbuka puasa di atas kapal. Pogram ini juga telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Langkawi Yang Berbahagia Datuk Ir Nawawi bin Ahmad, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Haji Mohammed Noordin bin Ali, Panglima Mawilla 3 Laksamana Pertama Dato' Pahlawan Mior Rosdi bin Dato' Mior Mohd Jaafar dan juga Ketua Penyiaran Radio Televisyen Malaysia ( RTM) Pn. Lee Woo Sioh sebagai tetamu jemputan bagi Program Jelajah Ramadhan pada tahun ini.
Ketibaan Timbalan Panglima Tentera Laut
 
Ketibaan Ahli Parlimen Langkawi
       KD MAHAWANGSA sebagai platform untuk Program ini telah memulakan pelayaran ke Langkawi dari Tambatan Pengkalan Lumut ( TPL) pada 26 Jul 13 dan telah selamat merapat di jeti PTLW pada 27 jul 13 jam 0930H. Persediaan untuk program ini telah dijalankan sebaik kapal merapat di jeti PTLW oleh anggota dari Mawilla 3 yang telah ditugaskan untuk mengendalikan perjalanan program. 
Taklimat keselamatan juga diberikan
       Pelayaran Jelajah RTM bersama TLDM bermula dengan KD MAHAWANGSA berlayar keluar dari PTLW pada jam1730H bersama-sama jemputan. Seterusnya kapal telah bersauh kira-kira 8 batu nautika dari PTLW dan jemputan berkesempatan untuk melihat pemandangan dari atas kapal yang jarang diperolehi dimana-mana. Anak- anak yatim, ibu tunggal dan tetamu jemputan telah dibawa melawat bahagian kapal dan juga temuramah bersama RTM.
Temuramah bersama RTM
 
Temuramah bersama RTM
      Majlis berbuka puasa telah diadakan di geladak Penerbangan dengan suasana yang cukup meriah dengan pemandangan yang begitu mengasyikkan. Azan berkumandang telah menandakan masuknya waktu berbuka puasa dan  setelah menjamah sedikit kuih muih, para tetamu dibawa ke geladak kereta kebal untuk menunaikan solat  maghrib secara berjemaah.
Para tetamu undangan
Anak- anak yatim menikmati hidangan
Solat berjemaah di geladak kereta kebal
       Acara diteruskan selepas solat magrib dimana jemputan dibawa ke geladak penerbangan untuk menikmati Juadah yang telah disediakan. Selesai menikmati juadah,jemputan menunaikan solat isyak dan tarawih secara berjemaah dan  acara pemberian sedikit buah tangan kepada anak –anak yatim yang telah dilakukan di geladak penerbangan.
Persembahan nasyid turut diadakan
Pemberian cenderahati untuk anak-anak yatim

      Acara berlansung sementara anggota KD MAHAWANGSA bersiap sedia untuk  kembali ke PTLW. Kapal telah selamat merapat di PTLW pada jam 2230H dan majlis telah berakhir pada jam 1130H.

Monday, July 22, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL APC SERTA BINTARA DAN LASKAR TEBAIK JUN 2013
Disediakan oleh : Lt Asyraf

      Pada 19 Jul 13 bersamaan 11  Ramadhan 1434, satu majlis penyampaian sijil APC serta bintara dan laskar terbaik bagi KD MAHAWANGSA telah dilakukan di geladak kereta kebal. Majlis ini dilakukan bagi menghargai komitmen serta disiplin anggota dalam melaksanakan tugas masing-masing. Sikap sentiasa ingin memajukan diri sendiriharuslah dipuji dan menjadi contoh kepada anggota lain untuk terus bersaing bagi mendapatkan penghargaan ini.
     Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil APC kepada anggota yang telah terpilih. Anggota yang mendapat sijil ini termasuk juga anggota yang telah bertukar ke unit lain. Hal ini kerana segala jasa dan usaha mereka semasa berkhidmat di KD MAHAWANGSA tidak dilupakan begitu sahaja.








       Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil bintara dan laskar terbaik bagi bulan Jun 2013. Setiap bulan anggota  yang terpilih akan diberikan gelaran sebagai bintara serta laskar terbaik kerana telah mempamerkan mutu kerja yang baik dan dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan jayanya.  



Sebelum mengakhiri majlis, Pegawai Memerintah telah menyampaikan sepatah dua kata khusus untuk kesemua penerima sijil supaya akan terus berusaha untuk terus maju ke hadapan. Namun begitu, kepada semua warga 1 Mahawangsa juga perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dan menganggap kerja yang dilakukan ini adalah satu ibadat untuk kita. Semoga seluruh warga KD MAHAWANGSA akan terus maju jaya dan menjadi unit contoh dalam TLDM.

Friday, July 12, 2013

AMALAN KAIZEN 5S
Disediakan oleh : Lt Asyraf

    KD MAHAWANGSA merupakan kapal perang pertama TLDM yang dianugerahkan Persijilan 5S pada Januari 2012. Oleh yang demikian, budaya amalan 5S ini haruslah dilaksanakan secara berterusan dengan sentiasa membuat penambahbaikan ke atas kapal. Baru-baru ini, pihak kapal telah melaksanakan beberapa penambahbaikan. Perkara yang pertama adalah bekas takungan air di laluan port wing dan stbd wing. Sebelum ini bekas takungan air tersebut hanya menggunakan botol air yang dipotong tetapi kini pihak kapal telah mencipta bekas takungan air yang nampak lebih kemas dan teratur.
Sebelum
Selepas

        Pihak kapal juga telah melakukan penambahbaikan dalam keseragaman pas keselamatan untuk anak-anak kapal. Kini setiap warga KD MAHAWANGSA telah mendapat satu pelindung pas yang berwarna hitam. Perkara ini secara tidak langsung mengikut amalan 5S iaitu seragam.
Keseragaman Pas Keselamatan
     Selain itu, satu lg penambahbaikan dari segi susunan topi atau beret untuk para tetamu khas yang melawat ke KD MAHAWANGSA. Sebelum ini, pihak kapal hanya menyediakan meja untuk meletakan topi atau beret tetapi setelah proses penambahbaikan dilakukan kini topi dan beret akan diletakkan bersama tagging nombor supaya dapat memudahkan penyusunan topi dan beret tersebut. Proses ini juga lebih efisien kerana dapat menjimatkan masa untuk mencari topi atau beret untuk dipulangkan kepada pemilik masing-masing.
Sebelum
Selepas


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...