Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, June 01, 2013

KD MAHAWANGSA TERUS GAH

             16 MEI 1983 - 16 MEI 2013
                GENAP USIA 30 TAHUN
         KAPAL DIRAJA MAHAWANGSA


Disediakan oleh : Lt Asyraf


Warga KD MAHAWANGSA
           
             KAPAL DIRAJA MAHAWANGSA merupakan sebuah kapal Multi Purpose Command and Support Ship (MPCSS) dan telah dibina di Masan, South Korea. KD MAHAWANGSA telah dilancarkan pada 16 Sept 82 dan telah ditauliahkan pada 16 Mei 1983. Kapal ini direka khas untuk melaksanakan misi sebagai sebuah kapal bantuan logistik dan juga digunakan sebagai kapal latihan untuk melatih pegawai-pegawai muda dan anggota-anggota yang lain. Selain itu, kapal ini juga mempunyai peranan dan tugas luar daripada bidang ketenteraan terutamanya memberi bantuan dan sokongan dan bantuan kemanusiaan semasa bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan kebuluran.

            Selama 30 tahun KD MAHAWANGSA berada di bawah naungan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), seramai 18 orang telah menjadi Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA sehingga kini. Berikut merupakan senarai nama Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA.


BIL
PANGKAT
NAMA/NO TENTERA
TAHUN
MULA
AKHIR
1
KEPT
MUHAMMAD YASIN BIN HJ SALLEH TLDM N/400179
16/05/1983
20/12/1985
2
KEPT
MOHD HUSIN BIN TAMBY TLDM N/400226
21/12/1985
07/09/1988
3
KDR
MOHAMMAD BIN NIK TLDM N/400402
08/09/1988
20/01/1991
4
KDR
FAIZAL BIN ABDULLAH TLDM N/404288
21/01/1991
05/12/1993
5
P/KEPT
ZAINAL BIN MOHD DALI TLDM N/400277
06/12/1993
18/11/1994
6
KEPT
TAN SEE MING TLDM N/400267
19/11/1994
25/11/1996
7
KDR
PRAK MOAN A/L BEE KEE TLDM N/400433
26/11/1996
16/04/1999
8
KDR
YEE HOCK HIN TLDM N/400460
17/04/1999
20/04/2001
9
KEPT
RADZI BIN  YAHAYA TLDM N/400493
22/04/2001
22/07/2002
10
KDR
ABDUL MALIK BIN KHAMIS TLDM N/401310
23/07/2002
20/01/2003
11
KEPT
MOHD SOM BIN IBRAHIM TLDM N/401132
21/01/2003
09/11/2003
12
LT KDR
ABDUL HADIB BIN ABDUL WAHAB TLDM N/401561
10/11/2003
16/05/2005
13
KDR
ROSLAN BIN IDRIS TLDM N/401406
17/05/2005
02/04/2006
14
KEPT
ANUWI BIN HASSAN TLDM N/401513
03/04/2006
13/02/2007
15
KDR
KHALID BIN JAAFAR TLDM N/401892
14/02/2007
01/02/2009
16
KDR
SUHAIMI BIN SULAIMAN TLDM N/402260
02/02/2009
13/07/2010
17
KEPT
JAMEL BIN ABD RAHMAN TLDM N/401897
14/07/2010
29/06/2012
18
KEPT
ROSLEE BIN MOHAMAD ISA TLDM N/402202
30/06/2012
SEKARANG
  

Pegawai Memerintah menunjukkan Plate KD MAHAWANGSA
            Walaupun sudah berusia 30 tahun, KD MAHAWANGSA telah membuktikan bahawa kapal ini juga mampu menunjukkan prestasi yang cemerlang berikutan daripada beberapa pencapaian yang membanggakan TLDM.  

Tarikh
Kejayaan
DIS 2010
DIPERSIJILKAN ISO OHSAS
MEI 2011
MENJULANG PIALA ZAIN
JUN 2011
MALAYSIAN BOOK OF RECORD - DIPERSIJILKAN ISO OHSAS
JUL 2011
 - DIIKTIRAF MARKAS ARMADA SEBAGAI KAPAL PENANDA ARAS 
 - KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM ORE
OKT 2011 
 - MENJULANG PIALA PERTH
 - KEJAYAAN MENYELAMATKAN MT NAUTIKA JB
NOV 2011
MENJULANG PIALA COMMODORE
JAN 2012
DIPERSIJILKAN : AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S 
  

Mendapat gelaran Best Damn Ship in Navy
Mencatat nama dalam Malaysian Book Of Records
Kejayaan menyelamatkan MT Nautica JB

Piala Commodore
Piala Perth
Piala Zain
            Sesuai dengan pengiktirafan kapal sebagai 'Duta 5S' dan Kapal Perang pertama yang menerima persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S,kejayaan KD MAHAWANGSA juga dapat dilihat melalui beberapa transformasi yang telah dilakukan terhadap kapal. Inisiatif membuktikan bahawa warga KD MAHAWANGSA mempunyai sikap serta keperibadian yang tinggi dalam melaksanakan tugas di kapal. Berikut merupakan beberapa transformasi yang telah dilaksanakan di kapal.

Sebelum
Selepas
Selepas
Sebelum

             Bagi sebuah kapal perang mencecah usia 30 tahun bukan suatu perkara yang mudah untuk dicapai namun semangat dan kerjasama serta usaha gigih warga KD MAHAWANGSA telah menunjukkan perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Semoga KD MAHAWANGSA akan terus dapat menyumbang bakti dalam TLDM sebagai sebuah kapal yang bertaraf antabangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...