Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, June 22, 2013

KD MAHAWANGSA DI BRUNEI

   
     KD MAHAWANGSA PLATFORM HUMANITARIAN     ASSISTANCE AND DISASTER RELIEF (HADR) 

Disediakan oleh : Lt Tarmizi

        KD MAHAWANGSA telah diberi kepercayaan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menjadi platform bagi menjayakan Eksesais Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) yang telah diadakan pada 16 hingga 20 Jun yang lalu di Negara Brunei Darussalam. Eksesais ini menggabungkan anggota tentera yang terdiri daripada 10 buah negara ASEAN serta lapan buah negara lain termasuk Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Peserta Eks HADR dari Malaysia menjalankan tugas
         Objektif utama eksesais pada kali ini adalah untuk meningkatkan kerjasama praktikal ketenteraan peringkat ASEAN, ASEAN-Plus sekali gus membina pengalaman tentera ASEAN. Eksesais tersebut telah dilaksanakan berdasarkan senario bencana alam yang menjejaskan sebuah negara palsu. Tumpuan diberikan kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan mencari dan menyelamat, perubatan ketenteraan, tugas jurutera dan penghantaran dan pengedaran bantuan dan bekalan melalui darat, udara dan laut dalam fasa bencana. KD MAHAWANGSA telah diberi tugas untuk membawa anggota tentera dan peralatan bantuan seperti kenderaan, alatan perubatan dan anjing perang dari Pelabuhan Klang ke Muara Naval Base, Brunei Darussalam.

Panglima Tentera Laut turut hadir
         Antara anggota tentera yang terlibat dalam menjayakan eksesais ini termasuklah tim anjing perang dari Rejimen Ranjer Diraja, tim bantuan perubatan dari Kor Kesihatan Diraja dan tim Media. Selain itu, anggota dari Special Malaysia Disaster and Rescue Team (SMART) turut menyertai eksesais pada kali ini. 

Lawatan Panglima Tentera Laut Brunei ke KD MAHAWANGSA

          Sepanjang eksesais ini berlangsung, KD MAHAWANGSA telah terlibat dalam lawatan ke kapal-kapal negara asing, menerima lawatan dari anggota tentera dan delegasi dari negara lain, menghadiri perkongsian maklumat dan pengalaman dari negara yang pernah menghadapi isu bencana di rantau ini serta menyertai aktiviti sukan yang dianjurkan. KD MAHAWANGSA juga terlibat dalam majlis Cocktail Night yang dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap negara. Aktiviti seperti ini sekali gus dapat merapatkan hubungan di antara negara-negara yang terlibat dalam eksesais ini.


Majlis Cocktail Night
          KD MAHAWANGSA juga telah menerima surat penghargaan dari Panglima Tentera Laut Diraja Brunei diatas kerjasama dan komitmen padu yang ditunjukkan dalam menjayakan eksesais ini. Ini terbukti apabila Malaysia yang diwakili oleh KD MAHAWANGSA telah berjaya memenangi semua sukan yang telah dianjurkan sekaligus menjadi johan keseluruhan dan merangkul Admiral Cup pada eksesais kali ini.


Warga KD MAHAWANGSA bersama menjulang Admiral Cup
         Eksesais ini dilihat telah mencapai objektifnya iaitu meningkatkan kerjasama serantau dari aspek ketenteraan dalam menghadapai bencana alam. Segala maklumat dan pengalaman yang telah dikongsikan mampu untuk mempersiapkan KD MAHAWANGSA dalam menghadapi situasi sebenar bencana alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...