Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, June 22, 2013

KD MAHAWANGSA BERJAYA MERANGKUL PIALA ADMIRAL


Disediakan oleh : Lt Faizul

Piala Admiral
           ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus Humanitarian Assistance and Disaster Relief/Military Medicine Exercise (ADMM + HADR/MM) telah berlangsung dengan rasminya pada 17 Jun 13 bertempat di Multi National Coordination Center (MNCC) Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Eksesais ini telah berjaya mengumpul 18 buah negara dari seluruh dunia, dengan pelbagai etnik, agama dan bangsa, untuk mencapai kata sepakat ke arah misi kesatuan dan kemanusiaan.

Para pemain diberikan taklimat sebelum perlawanan dimulakan
           Memandangkan eksesais ini melibatkan pelbagai negara, pihak penganjur, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Admiral Cup, iaitu sebuah temasya sukan rakyat bagi mengeratkan lagi hubungan keakraban antara peserta eksesais. Acara ini telah dirasmikan oleh Brunei Fleet Commander pada 161430H Jun di Pantai Muara dengan diiringi oleh wakil delegasi dari setiap negara.

Pasukan bola sepak pantai Malaysia dan India
           Terdapat lima buah negara yang telah menyertai piala ini iaitu Brunei, Jepun, India, Singapura dan Malaysia. Piala ini telah dibahagikan kepada tiga sukan utama iaitu bola sepak pantai, bola tampar pantai dan acara tarik tali. Bagi mencapai objektif pelaksanaan piala ini, kelima-lima buah negara telah dipecahkan kepada tiga kumpulan utama iaitu Alpha yang terdiri daripada India dan Malaysia, Bravo pula terdiri daripada Singapura dan Brunei manakala Charlie terdiri daripada Jepun dan Brunei. Terdapat lima buah negara yang telah menyertai piala ini iaitu Brunei, Jepun, India, Singapura dan Malaysia. Piala ini telah dibahagikan kepada tiga sukan utama iaitu bola sepak pantai, bola tampar pantai dan acara tarik tali. Bagi mencapai objektif pelaksanaan piala ini, kelima-lima buah negara telah dipecahkan kepada tiga kumpulan utama iaitu Alpha yang terdiri daripada India dan Malaysia, Bravo pula terdiri daripada Singapura dan Brunei manakala Charlie terdiri daripada Jepun dan Brunei.

Semangat kerjasama dan berpasukan yang tinggi
          Peserta dari setiap negara telah mempamerkan aksi serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang acara ini berlangsung. Walaupun dibatasi oleh kepelbagaian bahasa, namun ternyata sukan mampu menyatukan peserta yang datang dari latar belakang yang berbeza. Sukan-sukan ini telah dimeriahkan lagi dengan sokongan dan sorakan dari penonton negara masing-masing disamping pelawat yang mengunjungi Pantai Muara.

Warga KD MAHAWANGSA menjulang Piala Admiral
          Setelah berhempas-pulas menggarap kemenangan, acara akhirnya ditamatkan pada jam 1600H. Waktu yang ditunggu-tunggu tidak lain dan tidak bukan adalah acara penyampaian hadiah. Keputusan akhir Admiral Cup diumumkan dengan kumpulan Alpha (India dan Malaysia) diisytiharkan sebagai pemenang kejohanan dengan mata terkumpul 18 mata.  Naib juara adalah kumpulan Charlie (Jepun dan Brunei) dengan mata terkumpul 6 mata manakala tempat ketiga adalah kumpulan Bravo (Singapura dan Brunei) dengan 3 mata. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang terutamanya kepada wakil delegasi negara kita sendiri, Malaysia secara amnya dan warga KD MAHAWANGSA secara khususnya. Semoga warga 1 MAHAWANGSA akan terus cemerlang, baik di peringkat negara mahupun di persada dunia. Syabas!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...