Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, May 20, 2013


 PROGRAM JIWA MURNI JOCC
 DI
KD MAHAWANGSA MERIAH

Disediakan oleh : Lt Muhammad Shafie Bin Razi (Editor)

Anak-anak yatim bersama peserta JOCC
Pada tanggal 11 Mei 13, peserta Kursus Pegawai Memerintah Muda (JOCC) telah mengadakan Program Jiwa Murni di KD MAHAWANGSA sebagai salah satu modul dalam kursus mereka. Program Jiwa Murni ini melibatkan program sehari bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak- Anak Yatim Haruman Kasih dan Rumah Anak-Anak Yatim Air Tawar. Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada bakal-bakal Pegawai Memerintah Muda mendekati kehidupan seharian bersama anak-anak yatim selain membolehkan mereka melawat dan merasai kehidupan di sebuah kapal perang.


Ketibaan anak-anak yatim
Kegembiraan jelas terpancar
Tepat jam 10 pagi, semua anak-anak yatim seramai 46 orang dan diiringi oleh 10 guru dan 20 peserta JOCC tiba di Jeti Peluru. Mereka terdiri daripada 26 kanak-kanak lelaki yang berumur antara 5 hingga 10 tahun dan 24 kanak-kanak perempuan berumur antara 4 hingga 7 tahun. Rata-rata anak-anak yatim yang hadir teruja melihat KD MAHAWANGSA yang sepanjang 103 meter dan lebar 15 meter ini berada di hadapan mereka. Umpama 'Kecil Tapak Tangan Nyiru Kami Tadahkan', PBH pada hari tersebut Lt Muhammad Shafie Bin Razi TLDM serta dibantu Lt Mohd Zakwan bin Mohd Khalid TLDM yang merupakan Timbalan Pegawai Jurutera Letrik Dan Senjata kapal serta Lt Muhammad Faris bin Mohd Zaki TLDM sebagai Timbalan Pegawai Jurutera Marin menyambut ketibaan mereka dengan penuh senyuman.  Seterusnya anak-anak yatim ini dibawa ke geladak kereta kebal untuk menikmati jamuan yang disediakan. 
Anak-anak yatim dibawa turun ke geladak kereta kebal
 menggunakan elevator
Awasan bertugas bersama peserta JOCC menghidangkan
juadah kepada anak-anak yatim

Setelah menikmati jamuan yang disediakan, anak-anak yatim dikejutkan dengan jeritan ‘Api..Api..Api di Acu Port’. Rata-rata anak yatim terkejut dan terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Rupa-rupanya, itu merupakan gimik dan demonstrasi latihan melawan kebakaran yang dilakukan oleh awasan bertugas pada hari tersebut sebagai satu pendedahan dan pengetahuan kepada anak-anak yatim yang hadir. Sepanjang demonstrasi itu dilakukan ,anak-anak yatim tekun mendengar penerangan daripada PBH. Selesai latihan itu, mereka diberikan peluang untuk mencuba memakai BA set dan kelengkapan melawan kebakaran .Jelas terpacul keterujaan dihati mereka tatkala berpeluang untuk memakai kelengkapan BA set tersebut.
Anak-anak yatim berpeluang mencuba peralatan melawan
kebakaran
Melawat sekitar kapal
Kemudian, anak-anak yatim ini dibawa melawat sekitar kapal, meliputi geladak penerbangan, anjungan, geladak bendera dan seterusnya berakhir di Foxle untuk sesi bergambar. 
Tekun mendengar penerangan daripada awasan bertugas

Sesi Bergambar
Akhir lawatan , anak-anak yatim dan guru pengiring serta peserta JOCC mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga di atas kerjasama yang diberikan dan peluang menjejakkan kaki di KAPAL DIRAJA MAHAWANGSA. 


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...