Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, May 04, 2013


                                  
  
                            MESYUARAT PENGURUSAN
                                                                             

                       KD MAHAWANGSA

Disediakan Oleh : Lt Hamizan 

Mesyuarat bersama PM
            Jumaat 5 Mei 2013, telah berlangsung satu mesyuarat bulanan pengurusan tertinggi KD MAHAWANGSA yang telah dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kept Roslee bin Mohamad Isa TLDM. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 26 orang Pegawai KD MAHAWANGSA dan telah dilaksanakan di Wisma Perwira. Mesyuarat bermula pada jam 0900H dengan ucapan kata-kata aluan dari Pegawai Memerintah dan seterusnya diikuti dengan perbincangan minit mesyuarat yang lepas. Pelbagai isu telah dibangkitkan dalam mesyuarat kali ini, antaranya adalah kesiagaan kapal dan juga persediaan anak-anak kapal dalam menghadapi operasi-operasi yang akan datang. Ini penting bagi memastikan semua pentadbiran berjalan dengan lancar dan sebarang operasi dapat dilaksanakan dengan jayanya.  
Pegawai berbincang bersama PM
Selain itu, Pengerusi juga banyak menekankan aspek disiplin anggota kapal yang berada pada tahap yang tertinggi. Antara lain, pengerusi juga telah membincangkan hal mengenai kebajikan anggota  seperti menjalankan aktiviti hari keluarga yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota dan juga pegawai KD MAHAWANGSA. Ini sangat penting kerana aktiviti seperti ini dapat melahirkan warga TLDM yang mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat mahupun dalam tugas yang ditanggungjawabkan. 

Pegawai KD MAHAWANGSA tekun mendengar amanat PM
Sebelum berakhirnya mesyuarat, Pengerusi sekali lagi telah menegaskan bahawa setiap pegawai harus memainkan peranan masing-masing dalam memimpin warga kapal supaya dapat meningkatkan kualiti dan prestasi KD MAHAWAGSA serta menjadi contoh kepada kapal-kapal lain dalam TLDM. Mesyuarat  berakhir pada jam 1130H.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...