Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, May 22, 2013



                   KD MAHAWANGSA 
                         PLATFORM 
          EKSESAIS BELANGKAS 27/13 

Disediakan Oleh : Lt Muhammad Faizul TLDM

Kerjasama erat antara TLDM dan TDM

Eksesais BELANGKAS merupakan siri Latihan Bersama di antara Tentera Darat (TD) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Eksesais in memberi penumpuan kepada Operasi Amfibi yang melibatkan kesemua fasa iaitu fasa perancangan, embarkasi, raptai, pergerakan dan pendaratan/serangan amfibi. Selain itu, eksesais kali ini merupakan persiapan dan persediaan kepada komponen darat dan maritim Angkatan Tentera Malaysia dalam siri eksesais bersama Tentera Amerika Syarikat iaitu CARAT 2013. KD MAHAWANGSA telah terpilih untuk dijadikan platform sepanjang eksesais ini berlangsung.

Malam akrab
Tentera darat bersama peralatan untuk eksesais
Ketibaan pegawai 
Eksesais BELANGKAS 27/2013 bermula secara rasmi dengan penyempurnaan Majlis Pembukaan Eksesais yang berlangsung di Auditorium Zain, Pusat Taktik Maritim di Pangkalan TLDM. Majlis Pembukaan eksesais telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Armada, Laksamana Pertama Dato’ Chin Yoon Chin dengan kehadiran Panglima 10 Briged Para, Brigedier Jeneral Dato’ Tengku Ahmad Noor bin Tuan Chik dan peserta eksesais dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia. 

Latihan Pendaratan
Latihan Jasmani di geladak penerbangan 
Latihan Penembakan senjata kecil
PM KD MAHAWANGSA turut serta semasa latihan
Ekesesais BELANGKAS 27/2013 adalah Latihan Medan BersamaTrup untuk melaksanakan Operasi Amfibi dengan memberi penumpuan kepada latihan embarkasi, peperangan laut dan evolusi di laut serta pendaratan amfibi secara ditentang. Eksesais ini melibatkan Kumpulan Tempur 8 RRD (Para) sebagai Komponen Darat dan KD MAHAWANGSA sebagai Komponen Laut. Eksesais ini juga turut dibantu oleh elemen udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan Pasukan ELit daripada ketiga-tiga perkhidmatan.


Embarkasi bermula
Serangan Amfibi 
Tentera darat terus menyerang
Eksesais berlangsung dengan jayanya
Eksesais ini telah berlangsung dengan jayanya serta mencapai objektif bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan appreciation untuk Operasi Bersama khususnya memberikan tumpuan kepada doktrin dan polisi bersama. Eksesais ini juga telah menguji keberkesanan aspek komunikasi TD, TLDM dan TUDM dalam pelaksanaan Operasi Bersama selain melatih anggota di dalam persekitaran Operasi Bersama melalui joint force integration training bagi mempertingkat sinergi sebagai sebuah ketumbukan operasi amfibi.Hurrah 









































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...