Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, May 09, 2013

AKTIVITI RIADAH PEGAWAI 

KD MAHAWANGSA

Disediakan Oleh : Lt Asyraf Hamizan


Para pemain memasuki gelanggang
Para pemain memasuki gelangang futsal

         Baru-baru satu perlawanan futsal antara dua pasukan yang terdiri daripada para pegawai KD MAHAWANGSA telah berlangsung di Manjung Indoor Sport Arena (MISA) pada jam 2200H. Perlawanan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengasah teknik serta mutu permainan futsal di samping dapat mengekalkan kecergasan di kalangan pegawai KD MAHAWANGSA. 

Perlawanan dimulakan oleh Pasukan A
          Terdapat dua pasukan yang dipertandingan pada kali ini iaitu Pasukan A dan juga Pasukan B. Pasukan A telah diketuai oleh Lt Kdr Ahmad Firdaus bin Zakaria TLDM manakala untuk pasukan B pula diketuai oleh Lt Ahmad Tarmidzi bin Idris TLDM. 

Pelbagai aksi dan teknik permainan yang hebat
          Kedua-dua pasukan telah mempamerkan pelbagai corak permainan dan teknik yang menarik sepanjang perlawanan berlangsung. Semangat kesukanan yang tinggi serta kerjasama di antara pemain dapat dilihat melalui pelbagai percubaan yang menarik ke arah gawang gol pihak lawan. 

          Setelah selama satu jam bermain, perlawanan ditamatkan dengan jaringan gol sebanyak 10 berbalas 9. Kemenangan perlawanan futsal pada kali ini berpihak kepada pasukan A. Semoga aktiviti yang sihat seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang supaya dapat melahirkan warga KD MAHAWANGSA yang sihat dan cergas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...