Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, April 28, 2013

                     ANAK-ANAK YATIM TERUJA BELAYAR 
                          BERSAMA KD MAHWANGSA
Oleh: Lt Dya Hudairi


Anak-anak yatim menerima goodies daripada
Pegawai Memerintah
       Bertarikh 24 Apr 13 merupakan tarikh yang bermakna buat 107 orang anak-anak yatim dari rumah anak-anak yatim kawasan negeri Perak di mana mereka berpeluang mengikuti pelayaran bersama KD MAHAWANGSA sempena sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ke-79. Turut serta mengikuti pelayaran bagi meraikan anak-anak yatim kali ini adalah Pegawai Memerintah KD SRI INDERASAKTI iaitu Keptan Ahmad Asri bin Yaakob, dan Kumpulan Muzik Gelombang Biru. Majlis ini telah diceriakan dengan kehadiran pengacara dari SELWA iaitu Lt Dya Hidayah yang digandingkan dengan Lt Muhammad Shafie bin Razi TLDM. 
Anak-anak yatim menikmati permandangan
semasa kapal belayar
           Upacara pelepasan tali Kapal KD MAHAWANGSA telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar di Jeti Pangkalan TLDM Lumut pada jam 0930H. Selesai upacara, kesemua penumpang diberikan taklimat keselamatan oleh Pegawai Keselamatan Kapal KD MAHAWANGSA iaitu Timbalan Pegawai Jurutera Marin, Lt Faris bin Zaki TLDM. Taklimat ini perlu disampaikan kepada setiap penumpang supaya mereka mengetahui perkara-perkara larangan dan keselamatan individu itu sendiri semasa berada diatas kapal.
Persembahan daripada kumpulan Fauzan
        Majlis turut disertakan dengan beberapa persembahan dari anak-anak yatim seperti nasyid dari kumpulan Fauzan dan persembahan karoke oleh adik Farhan yang mendendangkan lagu “Insyaallah” yang dipopularkan oleh Maher Zain serta adik Atika bergandingan bersama adik Asmah yang menyanyikan lagu “Kosong”. Lagu ini yang dipopularkan oleh Najwa Latif. Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Roslee bin Mohamad Isa TLDM tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menghiburkan anak-anak yatim dengan mendendangkan lagu “Lamunan Terhenti” yang pernah dipopularkan oleh Aris Ariwatan sambil diiringi Gelombang Biru. Yang menariknya pada kali ini adalah terdapatnya maskot 'lebah' dan 'kancil' turut memeriahkan suasana bersama anak-anak yatim. Kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah anak-anak yatim sepanjang mengikuti pelayaran ini. 

Antara anak-anak yatim yang hadir
Sesi Bergambar
     Rata-rata anak-anak yatim yang hadir menyuarakan perasaan teruja dan begitu gembira kerana berpeluang menjejakkan ke KD MAHAWANGSA mengelilingi sekitar perairan Pulau Pangkor. Bagi mereka peluang yang sebegini memang sukar untuk dilupakan dan akan terpahat dalam ingatan memori. Sebelum pulang anak-anak yatim bergambar kenangan bersama KD MAHAWANGSA dan YBhg Ketua Staf Markas Armada.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...