Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, April 28, 2013

                     ANAK-ANAK YATIM TERUJA BELAYAR 
                          BERSAMA KD MAHWANGSA
Oleh: Lt Dya Hudairi


Anak-anak yatim menerima goodies daripada
Pegawai Memerintah
       Bertarikh 24 Apr 13 merupakan tarikh yang bermakna buat 107 orang anak-anak yatim dari rumah anak-anak yatim kawasan negeri Perak di mana mereka berpeluang mengikuti pelayaran bersama KD MAHAWANGSA sempena sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ke-79. Turut serta mengikuti pelayaran bagi meraikan anak-anak yatim kali ini adalah Pegawai Memerintah KD SRI INDERASAKTI iaitu Keptan Ahmad Asri bin Yaakob, dan Kumpulan Muzik Gelombang Biru. Majlis ini telah diceriakan dengan kehadiran pengacara dari SELWA iaitu Lt Dya Hidayah yang digandingkan dengan Lt Muhammad Shafie bin Razi TLDM. 
Anak-anak yatim menikmati permandangan
semasa kapal belayar
           Upacara pelepasan tali Kapal KD MAHAWANGSA telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar di Jeti Pangkalan TLDM Lumut pada jam 0930H. Selesai upacara, kesemua penumpang diberikan taklimat keselamatan oleh Pegawai Keselamatan Kapal KD MAHAWANGSA iaitu Timbalan Pegawai Jurutera Marin, Lt Faris bin Zaki TLDM. Taklimat ini perlu disampaikan kepada setiap penumpang supaya mereka mengetahui perkara-perkara larangan dan keselamatan individu itu sendiri semasa berada diatas kapal.
Persembahan daripada kumpulan Fauzan
        Majlis turut disertakan dengan beberapa persembahan dari anak-anak yatim seperti nasyid dari kumpulan Fauzan dan persembahan karoke oleh adik Farhan yang mendendangkan lagu “Insyaallah” yang dipopularkan oleh Maher Zain serta adik Atika bergandingan bersama adik Asmah yang menyanyikan lagu “Kosong”. Lagu ini yang dipopularkan oleh Najwa Latif. Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Roslee bin Mohamad Isa TLDM tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menghiburkan anak-anak yatim dengan mendendangkan lagu “Lamunan Terhenti” yang pernah dipopularkan oleh Aris Ariwatan sambil diiringi Gelombang Biru. Yang menariknya pada kali ini adalah terdapatnya maskot 'lebah' dan 'kancil' turut memeriahkan suasana bersama anak-anak yatim. Kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah anak-anak yatim sepanjang mengikuti pelayaran ini. 

Antara anak-anak yatim yang hadir
Sesi Bergambar
     Rata-rata anak-anak yatim yang hadir menyuarakan perasaan teruja dan begitu gembira kerana berpeluang menjejakkan ke KD MAHAWANGSA mengelilingi sekitar perairan Pulau Pangkor. Bagi mereka peluang yang sebegini memang sukar untuk dilupakan dan akan terpahat dalam ingatan memori. Sebelum pulang anak-anak yatim bergambar kenangan bersama KD MAHAWANGSA dan YBhg Ketua Staf Markas Armada.












Wednesday, April 17, 2013

"TENTERA DAN RAKYAT SENTIASA BERSAMA"

                         OPEN SHIP KD MAHAWANGSA 
                 SEMPENA HARI TERBUKA ATM MERIAH 
DI PTKK
Disediakan oleh Lt Asyraf Hamizan


KD MAHAWANGSA

           'Bertemakan Tentera Dan Rakyat Sentiasa Bersama’ Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lebih dikenali sebagai Military Community Volunteering  Day (MCVD) telah diadakan selama dua hari berturut-turut di seluruh Malaysia bermula 6 Apr hingga 7 Apr 13.Hari Terbuka Atm ini diadakan serentak di 39 kem dan Pangkalan ATM seluruh negara. Sambutan ini juga turut disambut di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) yang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Dato Seri Panglima Musa Hj Aman. Panglima Wilayah Laut II, Laksamana Muda Dato Pahlawan Mohamad Rosland bin Omar juga turut hadir bersama-sama untuk menjayakan sambutan Hari Terbuka ATM julung-julung kali diadakan ini. Menurut Panglima Wilayah Laut II, kerjasama erat dan mesra antara pasukan keselamatan memang sudah lama terjalin. Ini dapat dilihat daripada penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti Program Jiwa Murni, bantuan kemanusiaan dan bencana alam serta penerbangan Ihsan yang sering dilakukan pasukan tentera.
Senamrobik
        Sambutan MCVD ini juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti senamrobik, demonstrasi tarian perang, battle of the band, sukan air, open ship dan banyak lagi

Simbolik Pembukaan Oleh Tim PASKAL
Orang Ramai menaiki Gangway
KD MAHAWANGSA merupakan salah sebuah kapal yang telah turut serta dalam menjayakan sambutan MCVD ini dengan melaksanakan open ship. Diperamati, ribuan pengunjung berpusu-pusu datang untuk melihat KD MAHAWANGSA dengan lebih dekat dan anggaran jumlah pengunjung yang datang melawat melebihi 10,000 orang 

Orang ramai berpusu-pusu menaiki kapal
Meriah  
Diperamati, ribuan pengunjung berpusu-pusu datang untuk melihat KD MAHAWANGSA dengan lebih dekat dan anggaran jumlah pengunjung yang datang melawat melebihi 10,000 orang.



Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar
Perlaksanaan open ship di KD MAHAWANGSA pada kali ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan dan menerangkan peranan KD MAHAWANGSA dalam setiap penugasan yang diberikan. Aktiviti seperti ini akan dapat menyumbang kepada misi TLDM untuk menjadi salah sebuah organisasi tentera laut bertaraf dunia.   Sambutan MCVD ini tamat pada 7 Apr 13 jam 1800H    .





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...