Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, February 13, 2013


SAMBUTAN HARI KELUARGA               

      KADET PENGAMBILAN KE-25

PENUTUP TIRAI TAHUN 2012


Suasana meriah
     Pada 22 Dis 12  baru-baru ini, KD MAHAWANGSA merasa begitu bertuah dan amat teruja kerana telah dipilih untuk dijadikan platform bagi Majlis Hari Keluarga kadet Pengambilan Ke-25 yang melibatkan seramai hampir 100 ahli keluarga. Hari keluarga ini julung-julung kalinya diadakan bagi meghimpunkan Kadet Pengambilan Ke-25 dalam satu majlis yang penuh gemilang. diserikan dengan kehadiran Panglima Armada, YBhg Laksamana Madya Dato’ Abdul Hadi Bin A. Rashid yang juga merupakan Kadet Pengambilan ke-25,turut serta Mej Jen Dato’ Bakar , Brig Jen Dato’ Hj Ibrahim bin Hashim, Brig Jen (R) Dato Ismail bin Ibrahim, Laksda (R) Dato’ Jasan Apandi bin Sulaiman dan ramai lagi yang hadir bersama.

      Hari Keluarga ini telah dirancang dan berlangsung selama 3 hari serta dipenuhi dengan aktiviti yang cukup  meriah. Aktiviti mereka bermula 21 Dis iaitu pada hari jumaat, dimana ketibaan mereka di Damai Laut Golf and Country Club,seterusnya majlis BBQ yang diadakan di Wisma Samudera. Pada keesokan harinya, aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu pelayaran bersama KD MAHAWANGSA. Segala persiapan telah direncanakan dari awal lagi bagi tujuan pelayaran kali ini. Tepat Jam 9.30 pagi, rombongan bersama 3 buah bas yang membawa VIP dan ahli keluarga Kadet Pengambilan Ke-25 masing-masing tiba di jeti Pangkalan TLDM Lumut dan mula menaiki kapal. Rata-rata mereka yang hadir berasa teruja apabila diberi peluang untuk berlayar bersama aset TLDM yang menjadi kebanggaan negara.


Bot CB 002 membawa YBhg Panglima
Armada
Yang uniknya pelayaran kali ini, YBhg Panglima Armada tidak turut serta semasa  menaiki kapal tetapi, beliau akan berlayar bersama kapal Layar dan akan turut bersama di atas kapal semasa kapal berada perairan Pulau Pangkor nant. Tepat jam 1000H, head rope dilepaskan dan kapal berlayar menuju perairan Pulau Pangkor Masing-masing mengambil peluang untuk bergambar kenang-kenangan di atas kapal memandangkan ini pengalaman pertama mereka berlayar bersama kapal perang. Seperti yang dijangka, semasa kapal menyusuri perairan Pulau Pangkor, kelihatan bot CB 001 dari Yatch Club yang membawa YBhg Panglima Armada menuju ke kapal. Kebanyakan mereka yang hadir berasa terpegun melihat bot yang meluncur laju dan membuat pusingan mengelilingi kapal sebelum merapat di lambung kanan kapal .

Ucapan PM
Antara menu yang disediakan
Penyampaian Cenderahati

      Ketibaan Panglima Armada disambut oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA dan dibawa ke Geladak Kereta kebal bagi menikmati makan tengahari. Turut disajikan sepanjang pelayaran ini persembahan karaoke dan masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan beberapa buah lagu.Tepat jam 1600H kapal menuju ke Tambatan Pangkalan TLDM lumut. Kebanyakan ahli keluarga yang hadir meluahkan rasa gembira dan terima kasih tidak terhingga kepada warga kapal di atas pengalaman yang cukup manis berlayar bersama KD MAHAWANGSA.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...