Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, January 10, 2013

PROJEK INOVASI KD MAHAWANGSA
Disediakan oleh : Lt Shafie TLDM

Cable Assistor
      Cable assistor merupakan salah satu projek inovasi yang telah diciptakan oleh warga KD MAHAWANGSA. Pihak kapal telah memilih projek inovasi ini iaitu pelapik kabel shore supply yang diberi nama ‘Cable Assistor’. Tujuannya  adalah untuk mengatasi masalah kerja-kerja menarik kabel shore supply di KD MAWAWANGSA yang mana boleh mengakibatkan kerosakan pada kabel dan ship side.
Spesifikasi dan rekabentuk Cable Assistor
Pandangan sisi Cable Assistor
       
Projek khas ini menggunakan kos yang rendah tetapi ia amat efisyen dan memudahkan cara kerja. Idea ini dicetuskan apabila salah seorang anggota kapal mendapati berlaku kerosakan yang ketara pada kabel shore supply dan ship side apabila kerja-kerja penarikan kabel dilakukan. Sebagai penyelesaiannya, pihak kapal telah bersetuju untuk menghasilkan peralatan seperti roller untuk memudahkan kerja-kerja tersebut dilakukan.
Cara Pembuatan Cable Assistor
      Dengan adanya hasil inovasi ini, maka masalah kerosakan kabel dan ship side di KD MAHAWANGSA dapat dikurangkan ke tahap minimum dan penggunaan tenaga kerja dapat dikurangkan sebanyak 50%. Selain daripada itu, tahap kompetensi anggota yang terlibat di dalam kerja-kerja penarikan kabel shore supply juga meningkat. Wang kerajaan yang digunakan untuk kerja-kerja selenggaraan di KD MAHAWANGSA juga dapat dijimatkan sekali gus dapat memenuhi inisiatif penjimatan yang dituntut oleh pihak pengurusan tertinggi TLDM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...