Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, December 18, 2012

MAJLIS RESEPSI SEMPENA EKSESAIS MALINDO JAYA 2012

Sumber: lt Muhammad Shafie bin Razi RMN




KD MAHAWANGSA telah terlibat dalam Eksesais MALINDO JAYA 22AB/2012 bermula 19 Nov sehingga 26 Nov 2012 yang merupakan eksesais dwi-tahunan dua hala antara TLDM dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL). Eksesais ini menjurus kepada konsep memelihara dan meningkatkan kemampuan armada TLDM dan TNI-AL dalam menghadapi ancaman maritim yang mampu menggugat kedaulatan kedua-dua buah negara. Turut serta dalam Eksesais ini adalah KD Selangor dan kedua-dua aset armada TLDM ini tiba di Pelabuhan Tg. Priok,Jakarta pada 19 Nov bagi menjalani fasa pelabuhan sebelum fasa laut. 

Setibanya KD MAHAWANGSA di Pelabuhan Tg. Priok Jakarta yang juga merupakan Pangkalan TNI-AL dan antara pelabuhan tersibuk di dunia. Kapal dengan bangganya telah dijadikan platform bagi majlis resepsi bersama TNI - AL. Segala persiapan rapi telah dilaksanakan bagi memastikan majlis resepsi yang akan berlangsung pada 20 Nov berjalan dengan lancar. Majlis yang diadakkan di geladak kereta kebal KD MAHAWANGSA itu telah dihoskan oleh Yang Berbahagia Laksamana Pertama Dato’Pahlawan Hj Mohamad Adib Bin Abbul Samad merangkap Ketua Staf Markas Armada. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Kepten Ahmad bin Abdullah TLDM selaku Timbalan Direktur Latihan MALINDO JAYA 22AB/2012 dan pegawai memerintah KD SELANGOR serta pegawa-pegawai yang terlibat sepanjang eksesais. 

Majlis resepsi ini telah dihadiri oleh Pemerintah Tertinggi Komando TNI-AL Laksamana Muda TNI Sadiman S.E merangkap Panglima Komando Armada Kawasan Barat dan Brigadir Jeneral Marinir ikin Sodikin Komandan Pengkalan Utama TNI-AL 3. Ketibaan VVIP ini telah disambut oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kepten Roslee bin Mohamad Isa TLDM selaku tuan rumah. Turut hadir di majlis ini Pegawai Memerintah KRI CLURIT dan KRI LEMADANG, antara unsur-unsur TNI yang terlibat sepanjang latihan ,komandan-komandan Pangkalan, Defense Atache Pertahanan Malaysia dan negara serantau serta editor media tempatan turut menjadi tetamu pada majlis ini. 

Pada malam itu, Kumpulan Suara MAHAWANGSA (KUSMA) telah menampilkan kelainan dengan menonjolkan persembahan pembukaan Joget 1 Malaysia sebagai warm-welcoming kepada tetamu yang hadir. Tarian yang mengetengahkan gabungan tarian 3 kaum yang utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India mendapat perhatian tetamu yang yang hadir disamping keharmonian yang diterjemahkan melalui tarian ini, menzahirkan lagi, silaturrahim diantara semua kaum, serta menunjukkan kesejahteraan sejagat masyarakat Malaysia yang berkonsepkan “1Malaysia. KUSMA telah menampilkan 3 persembahan yang bercirikan identiti kebudayaan Malaysia sebagai penyeri majlis resepsi. 

Pada malam resepsi itu juga KD MAHAWANGSA meneruskan keunggulan culinary yang sememangnya menjadi niche TLDM dengan menghidangkan kepelbagaian menu hidangan yang telah menambat pandangan serta selera semua tetamu yang hadir. Bertemakan sajian yang mengetengahkan indentiti negara, Chinese Fried Rice blended with mix vegetable and prawn serta Samudera Fried Rice noodle mix with oyster sauce and seafood serve with chicken boxing menjadi menu utama pada malam resepsi itu. Antara hidangan istimewa yang mendapat perhatian ialah sate bersama kuah kacang dan nasi impit serta cendol yang sememangnya menjadi pilihan serta lamb honey grill served with mint sauce. Rata-rata tetamu TNI yang hadir pada malam itu merasa teruja dengan hidangan yang disediakan dan seolah-olah tidak percaya bahawa hidangan yang lazat itu setaraf hotel 5 bintang. 

Semasa majlis itu juga Ketua Staf Markas Armada dalam ucapan alu-aluannya melahirkan rasa gembira dan teruja dengan penglibatan unsur-unsur kedua-dua buah negara bagi menjayakan latihan ini. Sesungguhnya,kerjasama antara-kedua-dua buah negara amat penting bagi menjamin kesejahteraan dan kedaulatan maritim sentiasa terpelihara. Ini menjadi merupakan satu detik, atau milestone bagi meningkatkan, hubungan dua hala antara TLDM dan TNI – AL. 
Disamping itu juga, majlis resepsi ini selain dari mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara, percambahan idea turut menjadi intipati sepanjang majlis ini. Penglibatan pegawai-pegawai muda dan pegawai-pegawai yang berkepakaran peperangan telah berjaya mewacanakan perkongsian ilmu dan maklumat bagi menjayakan eksesais ini. 

Di akhir majlis resepsi, Panglima Komando Armada Kawasan Barat, Laksamana Muda TNI Sadiman S.E menzahirkan ucapan jutaan terima kasih berasa teruja dengan penganjuran majlis resepsi ini. Ianya membuktikan kredibiliti dan versataliti pegawai dan warga armada yang terlibat dalam LATMA MALINDO JAYA 22AB/12 tidak sahaja mengharumkan nama TLDM khasnya malah negara amnya.Syabas Diucapkan.

Tuesday, December 11, 2012

EKSESAIS MALINDO JAYA TLDM DAN TNI (AL) BERJAYA





Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) telah berjaya melaksanakan siri latihan atau eksesais bersama iaitu Eksesais MALINDO JAYA siri 22AB/ 2012 mulai 19 November hingga 26 November 2012. 


MALINDO JAYA merupakan siri eksesais bersama yang dianjurkan oleh kedua-dua angkatan laut pada setiap dua tahun sekali (dwi-tahunan) mengikut giliran. Pelaksanaan eksesais tahun ini menyaksikan TNI-AL bertindak selaku tuan rumah dan telah dilangsungkan di Pangkalan TNI-AL, Tanjong Priok Jakarta dan sekitarLaut Jawa,Indonesia. 
  
Aset TLDM yang terlibat bagi menjayakan eksesais kali ini ialah Kapal Diraja (KD) MAHAWANGSA (Multi Purpose Support Ship), KD SELANGOR (Patrol Vessel) dengan sebuah pesawat Super Lynx dan 3 Tim Pasukan Khas Laut (PASKAL). Manakala bagi TNI-AL ialah Kapal Republik Indonesia (KRI) CLURIT (Clurit Class), KRI LEMADANG (Dagger Class), sebuah pesawat Helo BELL 412 dan 3 Tim Pasukan Khas (SATKOPASKA). 


MALINDO JAYA merupakan siri eksesais bilateral Malaysia – Indonesia bagi mengukuhkan kerjasama dan persefahaman ketenteraan di antara kedua-dua negara khususnya bagi angkatan laut. Eksesais kali ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan operasi dan kesiapsiagaan aset TLDM dan TNI-AL dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan di laut. Pelaksanaan MALINDO JAYA pada tahun ini juga menjuruskan latihan kepada tema konsep anti keganasan bersesuaian dengan pelaksanaan eksesais ketenteraan bersama Malaysia – Indonesia yang berskala lebih besar pada Mac 2013 akan datang iaitu LATGABMA MALINDO DARSASA, melibatkan angkatan darat, laut dan udara. 


Eksesais kali ini melibatkan 3 fasa latihan iaitu: 

a. Fasa Pelabuhan di Pangkalan TNI-AL Tanjung Priok yang mana melibatkan aktiviti perbincangan dan perancangan latihan, latihan fizikal diantara PASKAL dan KOPASKA serta aktiviti sosial seperti sukan dan resepsi yang dapat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dan persefahaman. 



b. Fasa Latihan Laut yang akan dilaksanakan di sekitar Perairan Laut Jawa. Dalam fasa ini kedua-dua angkatan laut akan melaksanakan latihan secara bersama yang melibatkan evolusi ilmu kelautan, navigasi dan peperangan taktikal. PASKAL dan KOPASKA akan melaksanakan latihan penggeledahan (Special Boarding) dan Fast Roping bersama kapal dan pesawat. 

c. Fasa Penutup merupakan fasa akhir yang merangkumi pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan kedua-dua angkatan laut seperti kunjungan hormat, resepsi dan sukan serta majlis penutup eksesais. 


MALINDO JAYA merupakan antara platform kerjasama serantau Malaysia- Indonesia khususnya dalam aspek ketenteraan bagi meningkatkan profesionalisme angkatan laut masing-masing. Majlis pembukaan MALINDO JAYA siri 22AB/2012 telah berlangsung pada 21 November 2012 di Pangkalan TNI-AL Tanjung Priok, Jakarta telah disempurnakan oleh Laksamana Muda TNI Sadiman S.E, Panglima Komando Armada RI Kawasan Barat dengan kehadiran Ketua Staf Markas Armada, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Mohamad Adib bin Abdul Samad. Sementara, majlis penutup eksesais pada 26 November di Pangkalan yang sama telah disempurnakan oleh Panglima Armada, Laksamana Madya Dato’ Abdul Hadi bin A. Rashid.



Monday, December 03, 2012

Penembakan Senjata Kecil

Sumber: Lt Muhammad Norfadli bin Badri TLDM 

             Pegawai Persenjataan

Pada 22 Oktober 2012 yang lalu, Latihan Penembakan Senjata Kecil rifle dan pistol bagi warga 1 MAHAWANGSA telah diadakan di Lapang Sasar Abdul Samad. Latihan tahunan ini diadakan bagi memenuhi keperluan Latihan Penyesuian Laut (LPL) dan pada masa yang sama menguji kemahiran warga 1 MAHAWANGSA dalam mengendalikan senjata kecil.


Tujuan latihan ini juga diadakan adalah untuk membina keyakinan diri, menanam sikap tanggungjawab dan membentuk disiplin yang tinggi warga 1 MAHAWANGSA semasa mengendalikan senjata kecil selain menguji keupayaan senjata-senjata kecil yang ada di kapal. Latihan telah bermula seawal jam 7.30 pagi di mana warga 1 MAHAWANGSA telah diberi penerangan oleh Jurulatih Persenjataan mengenai tatacara pengendalian rifle M4 Carbine, Glock 17 dan Vektor yang betul.


Penembakan M4 Carbine telah dilaksanakan dari jarak 25 meter untuk zeroing oleh anggota yang dipilih dan 100m untuk setiap anggota. Setiap anggota diperuntukkan dengan 20 butir peluru di mana 10 butir kedudukan meniarap dan 10 butir lagi kedudukan berdiri. Latihan berakhir pada jam 5 petang dengan warga 1 MAHAWANGSA melafazkan sumpah dan mengemas barang-barang. Latihan ini haruslah diadakan dengan lebih kerap bagi memantapkan lagi kemahiran warga 1 MAHAWANGSA dalam pengendalian senjata kecil. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...