Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, November 20, 2012

PEKERJAAN ITU ADALAH IBADAH

Sumber: Lt Nasrul TLDM
            Pemb. Peg. Jurutera Elektrik & Senjata

Pada 19 Okt yang lalu satu program keagamaan telah dilakukan di Geladak Kereta Kebal KD MAHAWANGSA. Program ceramah ilmiah dan tahlil ringkas tersebut telah disampaikan oleh Mejar Haji Fauzi bin Mohammad, Ketua Sekolah Pengajian Syariah KD PELANDOK. 

Program yang berlangsung selama dua jam telah memberikan pengetahuan dan peringatan kepada anak-anak kapal melalui ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang bertajuk Pekerjaan Itu Adalah Ibadah. 

Penceramah banyak menyentuh tentang tanggungjawab kita sebagai umat islam khususnya dan sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia amnya dalam menjalani kehidupan seharian. Warga kapal seharusnya mengambil kesedaran terhadap apa yang telah disampaikan oleh penceramah tersebut. 

Antara yang disampaikan oleh penceramah adalah keberkatan gaji yang diterima oleh kita dan haruslah dimanfaatkan dengan baik manakala kerja yang dilakukan haruslah ikhlas dan sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab terhadap tugas kita masing-masing. 

Penceramah amat bijak mengambil perhatian pendengar dengan membuat selingan contoh yang berunsur jenak dan mempunyai maksud yang mendalam. Selesai sahaja ceramah ilmiah tersebut majlis diteruskan dengan bacaan tahliah ringkas yang dipimpin oleh penceramah. 

Selesai sahaja bacaan tahlil ringkas, warga kapal dihidangkan jamuan tengahari dan makan beramai-ramai dalam talam yang turut disertai oleh penceramah serta mantan Pegawa Laksana Kdr Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM. 

Akhir kata, inilah kelebihan Satu MAHAWANGSA yang dapat dijadikan contoh kepada setiap warga TLDM. Sedia Berkorban.

Tuesday, November 13, 2012

SENAMROBIK ARMADA

Sumber: www.navy.mil.my


Kesihatan yang baik serta tubuh badan yang cergas penting bagi memastikan warga Armada berupaya melaksanakan tugas dengan cemerlang serta memberi impak positif terhadap mutu kerja. Pegawai Kanan Armada, Kepten Abd Halim bin Hj Shaari TLDM telah merangka program “Armada Sportif” yang merangkumi aktiviti larian, senamrobik, marathon dan sukan bertujuan memastikan kesihatan setiap warga sentiasa berada di tahap tertinggi dan mengamalkan gaya hidup sihat. Program ini juga adalah sebagai landasan bagi mencungkil bakat baru sebagai persediaan untuk Kejohanan Mini Olimpik pada masa akan datang.


Bagi merealisasikan program ini, pada 10 Okt 12, Armada telah menganjurkan aktiviti senamrobik yang bertempat di Stadium TLDM, Lumut. Kehadiran warga Armada dianggarkan seramai 650 orang telah mewarnai pemandangan stadium dan kebanyakan warga tiba seawal jam 3 petang. Aktiviti ini turut dimeriahkan dengan kelibat beberapa ahli keluarga terutamanya kanak-kanak. Puan Norwara bt Kasim yang didatangkan khas dari N’sAerobik Fitness Centre, Seri Manjung telah mengetuai kumpulan beliau yang terdiri dari 5 orang ahli yang berpengalaman. Walaupun kebanyakan disiplin senamrobik melibatkan pergerakan yang sukar, namun ianya dapat dilakukan dengan penuh bersemangat oleh warga Armada. Puan Norwara turut menerangkan serba sedikit kepentingan senamrobik dalam menjana hidup yang sihat. 


Aktiviti dilaksanakan selama lebih satu jam dan Pegawai Kanan Armada amat berpuas hati dengan kehadiran setiap warga dalam menyokong program “Armada Sportif”. Aktiviti diakhiri dengan penyampaian sijil kepada N’s Aerobik Fitness Centre sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...