Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, September 02, 2012

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Selam KD MAHAWANGSA


Tanggal 28 Ogos 2012 telah menjadi detik bersejarah bagi Pegawai Selam di mana telah berlangsungnya upacara pemakaian pangkat baginya di Geladak Kereta Kebal KD MAHAWANGSA. 


Upacara penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah dengan disaksikan oleh seluruh warga KD MAHAWANGSA. Upacara penuh bersejarah ini juga telah menyaksikan Lt Ahmad Firdaus bin Zakaria TLDM dinaikkan pangkat dari Leftenan ke Pemangku Leftenan Komander dengan kekananan mulai 1 Ogos 12.


Beliau telah mula berkhidmat di dalam TLDM pada 27 Mac 2003 dan telah berkhidmat di beberapa unit TLDM seperti di KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, KD HANG TUAH, KD PENDEKAR dan MARKAS WILAYAH LAUT 1.


Bagi pihak kapal dan warga 1MAHAWANGSA, sekalung tahniah diucapkan kepada Pegawai Selam di atas pemakaian pangkat beliau. Selamat maju jaya dan semoga murah rezeki sentiasa hendaknya. 

1 comments:

  1. Tahniah buat Lt. Ahmad Firdaus Zakaria TLDM atas kenaikan pangkat ini. Semoga terus cemerlang dalam kerjaya, rezeki sentiasa diberkati Tuhan, dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. All of us in Wyoming, USA are so proud of you! Tahniah juga atas kurniaan putera kedua, very recently.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...