Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, September 14, 2012

MAJLIS MAKAN MALAM PEGAWAI KD MAHAWANGSA

Sumber: Lt Shaiful Azrin TLDM
            Pegawai Persuratan


Malam 29 Ogos 12, bertempat di Sunlight Café, Sitiawan para pegawai 1MAHAWANGSA berkumpul untuk makan malam bersama-sama. ‘Patah tumbuh, hilang berganti’ itulah peribahasa yang dapat digunapakai bagi menggambarkan pertukaran pegawai mahu pun anggota yang sudah sinonim bagi warga1MAHAWANGSA. 


Tujuan makan malam ini diadakan adalah sebagai penghargaan kepada pegawai yang bertukar keluar dan juga sebagai meraikan pegawai yang bertukar masuk ke KD MAHAWANGSA. Majlis yang diadakan ini juga untuk meraikan kenaikan pangkat Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA kepada Pemangku Kept Roslee. Bertemakan menu ala barat dengan konsep gathering yang ditetapkan, malam itu lebih harmoni dengan suasana kekeluargaan. 


Antara pegawai yang bertukar masuk dan bertukar keluar adalahKdr George TLDM menggantikan Kdr Ahmad Nazree TLDM sebagai Pegawai Laksana, Lt KdrZaini TLDM menggantikan Lt Kdr Idrus sebagai Pegawai Bekalan dan Lt Faris TLDM menggantikan Lt Ashadi TLDM sebagai Timbalan Pegawai Jurutera Marin. 

Malis dimulai dengan ucapan selamat datang oleh pengerusi majlis Lt Fauzi Amayah TLDM diikuti bacaan doa oleh Lt Shaiful Azrin TLDM. Hidangan yang menarik menambahkan lagi selera warga pegawai 1MAHAWANGSA.Bertemakan menu ala barat Chiken Chop Special Sunlight menjadi hidangan utama disamping aneka pilihan side dishes membuatkan para tetamu tersenyum puas setelah menikmati hidangan. 


Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Yang Berbahagia Pegawai Memerintah sebagai penghargaan dan kenang –kenangan kepada pegawai yang bertukar keluar.Ucapan oleh pegawai yang bertukar keluar merupakan kemuncak majlis ini.Segala amanat dan nasihat turut diberikan kepada pegawai-pegawai muda dan yang masih kekal bertugas di KD MAHAWANGSA. 


Akhir kata, kami warga 1MAHAWANGSA mendoakan kesejahteraan dan kesenangan semua pegawai yang pernah berkhidmat di KD MAHAWANGSA. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...