Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, September 21, 2012

MAJLIS 2 DALAM 1 KD MAHAWANGSA

Sumber: Lt Mohd Fauzi bin Amayah TLDM

            Pembantu Pegawai Peperangan Elektronik

Pada 30 Ogos 2012 bertempat di Geladak Kereta Kebal, Majlis 2 Dalam 1 telah diadakan. Acara yang bermula pada jam 0800H itu menyaksikan upacara serah terima tugas Pegawai Laksana dan Penyampaian Anugerah Bintara dan laskar terbaik pada bulan Ogos. Warga 1 MAHAWANGSA juga telah dikejutkan dengan kehadiran Yang Berbahagian Dato’ Pahlawan Hj Mohd Adib bin Hj Abdul Samad Ketua Staf Markas Armada ke majlis tersebut. 



Serba sedikit berkenaan Pegawai Laksana yang baru. Komander George a/l Paul Thomas Rozario berasal dari Alor Gajah, Melaka. Beliau dilahirkan pada 19 April 1972. Sepanjang 20 tahun perkhidmatan beliau, beliau pernah diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Kd Sri Sabah, menjadi Pegawai EOD Kd Jerai, Ketua Cawangan Operasi Kd Sri Semporna, Pegawai Memerintah PBGSP dan juga Pegawai Laksana Kd Sri Semporna. Upacara serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ketua Staf Markas Armada. 


Bintara terbaik pada bulan Ogos telah disandang oleh 820471 BK TMK Ahmad Tarmizi bin Rohim. Beliau telah mula berkhidmat dengan TLDM pada 4 jan 1995 dan telah berkhidmat di beberapa unit TLDM iaitu KD PERKASA, KD KASTURI, Depot Bantuan TLDM,KD SRI INDERA SAKTI, Markas Pendidikan dan Latihan TLDM, KD GEMPITA dan Depot Senggaraan Armada. Beliau memasuki kekuatan anggota KD MAHAWANGSA pada 11 julai 2011 dan kini menyandang jawatan sebagai Bintara Tadbir Kejuteraan Merin di KD MAHAWANGSA. 


Anugerah Laskar terbaik pada bulan Ogos pula disandang oleh 824715 LK PAP Rosmani bin Che Harun. Beliau telah mula berkhidmat dengan TLDM pada 1 Mac 1999 dan telah berkhidmat di beberapa unit TLDM iaitu KD PELANDOK, KD SERAMPANG, EX KD SRI INDERAPURA, KD MALAYA, KD MUTIARA dan Markas Sistem Armada. Beliau memasuki kekuatan anggota KD MAHWANGSA pada 20 Disember 2010 dan kini menjawat jawatan sebagai Penyelia Geladak Haluan di KD MAHAWANGSA. 


Majlis 2 dalam 1 ini diakhiri dengan ucapan oleh Yang Berbahagia Ketua Staf Markas Armada. Beliau turut mengiingatkan kepada seluruh warga 1 MAHAWANGSA agar dapat mengekalkan tahap kebersihan dan kesiagaan kapal supaya pengoperasian penuh kapal dapat dilaksanakan. Acara ini tamat pada jam 0945H.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...