Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, September 26, 2012

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI ARMADA 2012



LUMUT, 8 Sep 12 – Kehangatan sambutan Aidilfitri yang sudah masuk hari ke-21 bulan syawal kalendar Islam 1433 hijrah ini diteruskan dengan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Armada 2012. Majlis yang penuh meriah ini telah diadakan di Helipad Markas Armada TLDM dan warga armada mula membanjiri kawasan tersebut sejak dari jam 7.45 petang lagi. Telah menjadi acara tahunan dalam kalendar armada di pangkalan TLDM Lumut, namun pada tahun ini agak berbeza sedikit kerana sambutan tahun ini diraikan bukan sahaja bersama keluarga tetapi bersama Pegawai Kanan Armada yang baru iaitu Kepten Abd Halim bin Hj Shaari TLDM.


Pelbagai juadah istimewa telah disediakan antaranya, lemang, ketupat, nasi himpit, lontong, pasembur, bihun SinJo, rendang, kuah kacang dan laksa Penang. Rata-rata juadah yang dihidangkan merupakan hasil dari penggemblengan tenaga oleh warga armada dalam menyiapkan juadah yang istimewa mengikut penugasan menu kapal masing-masing. Pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan dari wakil skuadron antaranya, 31 MPCSS dengan sketsa Jejak Kasihan, Frigat ke-21 dengan persembahan Nasyid Moden, Frigat ke-23 dengan Dikir Barat Moden, Korvet 24 dengan pantomen Merdekaraya, Skuadron 36 Hidro dengan persembahan Muzikalraya, Korvet 22 dengan sketsa Maskot Armada Mr Popeye, Kapal Ronda ke-17 dengan sketsa Suasana Hari Raya serta Skuadron Penangkis Periukapi 26 dengan Tarian Seloka Raya.


Tidak ketinggalan juga, acara yang dinanti-nantikan oleh anak-anak warga armada iaitu pemberian ‘Duit Raya’. Sebanyak 1000 keping sampul ‘Duit Raya’ telah diagihkan sekaligus menambah keceriaan kanak-kanak kecil warga armada yang hadir. Dan sudah tentu mereka akan pulang dengan wajah senyuman yang menawan.


Kira-kira 2500 orang warga armada bersama keluarga masing-masing telah memeriahkan Sambutan Aidilfitri kali ini dan majlis turut diserikan dengan kehadiran Panglima Sistem Armada, Laksamana Muda Dato’ Hj Khairuddin bin Khalid dan isteri, Datin Radzi binti Abd Manap. 


Bagi pihak Pegawai Kanan Armada dan seluruh warga Armada diucapkan syabas dan jutaan penghargaan kepada pihak yang menjayakan majlis ini. Kesungguhan dan komitmen tinggi yang dicurahkan oleh setiap kapal dan warga Armada sungguh membanggakan. Salam Aidilfitri kepada semua warga armada yang sedang bertugas di perantauan. Bravo Zulu. 


Friday, September 21, 2012

MAJLIS 2 DALAM 1 KD MAHAWANGSA

Sumber: Lt Mohd Fauzi bin Amayah TLDM

            Pembantu Pegawai Peperangan Elektronik

Pada 30 Ogos 2012 bertempat di Geladak Kereta Kebal, Majlis 2 Dalam 1 telah diadakan. Acara yang bermula pada jam 0800H itu menyaksikan upacara serah terima tugas Pegawai Laksana dan Penyampaian Anugerah Bintara dan laskar terbaik pada bulan Ogos. Warga 1 MAHAWANGSA juga telah dikejutkan dengan kehadiran Yang Berbahagian Dato’ Pahlawan Hj Mohd Adib bin Hj Abdul Samad Ketua Staf Markas Armada ke majlis tersebut. 



Serba sedikit berkenaan Pegawai Laksana yang baru. Komander George a/l Paul Thomas Rozario berasal dari Alor Gajah, Melaka. Beliau dilahirkan pada 19 April 1972. Sepanjang 20 tahun perkhidmatan beliau, beliau pernah diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Kd Sri Sabah, menjadi Pegawai EOD Kd Jerai, Ketua Cawangan Operasi Kd Sri Semporna, Pegawai Memerintah PBGSP dan juga Pegawai Laksana Kd Sri Semporna. Upacara serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ketua Staf Markas Armada. 


Bintara terbaik pada bulan Ogos telah disandang oleh 820471 BK TMK Ahmad Tarmizi bin Rohim. Beliau telah mula berkhidmat dengan TLDM pada 4 jan 1995 dan telah berkhidmat di beberapa unit TLDM iaitu KD PERKASA, KD KASTURI, Depot Bantuan TLDM,KD SRI INDERA SAKTI, Markas Pendidikan dan Latihan TLDM, KD GEMPITA dan Depot Senggaraan Armada. Beliau memasuki kekuatan anggota KD MAHAWANGSA pada 11 julai 2011 dan kini menyandang jawatan sebagai Bintara Tadbir Kejuteraan Merin di KD MAHAWANGSA. 


Anugerah Laskar terbaik pada bulan Ogos pula disandang oleh 824715 LK PAP Rosmani bin Che Harun. Beliau telah mula berkhidmat dengan TLDM pada 1 Mac 1999 dan telah berkhidmat di beberapa unit TLDM iaitu KD PELANDOK, KD SERAMPANG, EX KD SRI INDERAPURA, KD MALAYA, KD MUTIARA dan Markas Sistem Armada. Beliau memasuki kekuatan anggota KD MAHWANGSA pada 20 Disember 2010 dan kini menjawat jawatan sebagai Penyelia Geladak Haluan di KD MAHAWANGSA. 


Majlis 2 dalam 1 ini diakhiri dengan ucapan oleh Yang Berbahagia Ketua Staf Markas Armada. Beliau turut mengiingatkan kepada seluruh warga 1 MAHAWANGSA agar dapat mengekalkan tahap kebersihan dan kesiagaan kapal supaya pengoperasian penuh kapal dapat dilaksanakan. Acara ini tamat pada jam 0945H.


Friday, September 14, 2012

MAJLIS MAKAN MALAM PEGAWAI KD MAHAWANGSA

Sumber: Lt Shaiful Azrin TLDM
            Pegawai Persuratan


Malam 29 Ogos 12, bertempat di Sunlight Café, Sitiawan para pegawai 1MAHAWANGSA berkumpul untuk makan malam bersama-sama. ‘Patah tumbuh, hilang berganti’ itulah peribahasa yang dapat digunapakai bagi menggambarkan pertukaran pegawai mahu pun anggota yang sudah sinonim bagi warga1MAHAWANGSA. 


Tujuan makan malam ini diadakan adalah sebagai penghargaan kepada pegawai yang bertukar keluar dan juga sebagai meraikan pegawai yang bertukar masuk ke KD MAHAWANGSA. Majlis yang diadakan ini juga untuk meraikan kenaikan pangkat Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA kepada Pemangku Kept Roslee. Bertemakan menu ala barat dengan konsep gathering yang ditetapkan, malam itu lebih harmoni dengan suasana kekeluargaan. 


Antara pegawai yang bertukar masuk dan bertukar keluar adalahKdr George TLDM menggantikan Kdr Ahmad Nazree TLDM sebagai Pegawai Laksana, Lt KdrZaini TLDM menggantikan Lt Kdr Idrus sebagai Pegawai Bekalan dan Lt Faris TLDM menggantikan Lt Ashadi TLDM sebagai Timbalan Pegawai Jurutera Marin. 

Malis dimulai dengan ucapan selamat datang oleh pengerusi majlis Lt Fauzi Amayah TLDM diikuti bacaan doa oleh Lt Shaiful Azrin TLDM. Hidangan yang menarik menambahkan lagi selera warga pegawai 1MAHAWANGSA.Bertemakan menu ala barat Chiken Chop Special Sunlight menjadi hidangan utama disamping aneka pilihan side dishes membuatkan para tetamu tersenyum puas setelah menikmati hidangan. 


Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Yang Berbahagia Pegawai Memerintah sebagai penghargaan dan kenang –kenangan kepada pegawai yang bertukar keluar.Ucapan oleh pegawai yang bertukar keluar merupakan kemuncak majlis ini.Segala amanat dan nasihat turut diberikan kepada pegawai-pegawai muda dan yang masih kekal bertugas di KD MAHAWANGSA. 


Akhir kata, kami warga 1MAHAWANGSA mendoakan kesejahteraan dan kesenangan semua pegawai yang pernah berkhidmat di KD MAHAWANGSA. 



Sunday, September 02, 2012

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Selam KD MAHAWANGSA


Tanggal 28 Ogos 2012 telah menjadi detik bersejarah bagi Pegawai Selam di mana telah berlangsungnya upacara pemakaian pangkat baginya di Geladak Kereta Kebal KD MAHAWANGSA. 


Upacara penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah dengan disaksikan oleh seluruh warga KD MAHAWANGSA. Upacara penuh bersejarah ini juga telah menyaksikan Lt Ahmad Firdaus bin Zakaria TLDM dinaikkan pangkat dari Leftenan ke Pemangku Leftenan Komander dengan kekananan mulai 1 Ogos 12.


Beliau telah mula berkhidmat di dalam TLDM pada 27 Mac 2003 dan telah berkhidmat di beberapa unit TLDM seperti di KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, KD HANG TUAH, KD PENDEKAR dan MARKAS WILAYAH LAUT 1.


Bagi pihak kapal dan warga 1MAHAWANGSA, sekalung tahniah diucapkan kepada Pegawai Selam di atas pemakaian pangkat beliau. Selamat maju jaya dan semoga murah rezeki sentiasa hendaknya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...