Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, August 16, 2012

MAJLIS PENUTUP OSTEX 2012



Kota Kinabalu 13 Jul - Kesiagaan serta keupayaan Armada TLDM sekali lagi terserlah dengan kejayaan melaksanakan latihan OSTEX2012 yang telah berlangsung mulai 2 hingga 13 Julai 12 di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan. OSTEX 2012 yang merupakan gabungan Eksesais OSTEX EAST dan OSTEX WEST telah disertai oleh 9 buah kapal permukaan, sebuah kapal selam dan 2 buah helikopter TLDM. Langkah penjimatan yang dilaksanakan melalui gabungan Eksesais OSTEX 12 ini juga telah merealisasikan cetusan Panglima Armada yang mahukan inisiatif penjimatan tanpa menjejaskan kesiagaan dan keupayaan Armada TLDM. 

 

Majlis penutup OSTEX 2012 telah diadakan di Auditorium Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) disempurnakan oleh Panglima Armada iaitu Laksdya Dato Abd Hadi bin A. Rashid di saksikan oleh Panglima Wilayah Laut 2 iaitu Laksda Dato Pahlawan Mohammad Rosland Omar, Ketua Staf Markas Armada iaitu Laksma Pertama Dato Pahlawan Hj. Mohamad Adib bin Abdul Samad, Pegawai Kanan Armada dan pegawai-pegawai memerintah. Dalam teks ucapan, beliau amat berbangga dengan kejayaan Eksesais OSTEX 12 ini tanpa sebarang benda yang tidak diingini. Latihan sewaktu aman merupakan faktor yang penting bagi memastikan kesiagaan Armada berada di tahap yang tinggi dan bersedia untuk melaksanakan fungsi semasa konflik. 


Beliau amat berbangga dengan kejayaan Eksesais OSTEX 12 ini telah membuktikan inventori TLDM mempunyai keupayaan perang dan dapat dioperasikan dengan baik oleh anggota TLDM. Kompetensi pengurusan, penyelenggaraan kapal-kapal juga berada di tahap terbaik. Walaupun turut mengalami impak kekangan kewangan, TLDM tetap memastikan agar armadanya sentiasa berada pada tahap siaga dan terlatih melalui amalan penjimatan dengan Eksesais ini.Di akhir ucapan,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Eksesais OSTEX 2012 pada tahun ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...