Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, August 15, 2012

ANUGERAH KESIAGAAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA 2012

Sumber: Lt Dya Ahmad Fikry Bin Arba'a TLDM
             Pembantu Pegawai Laksana
 
Saya selaku Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA dengan rasa bangga dan terharu mengucap rasa syukur diatas peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan tertinggi TLDM untuk Skuadron ini dicalonkan dalam Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera 2012. Saya yakin kepercayaan ini adalah berdasarkan prestasi dan komitmen dari semua peringkat organisasi KD Mahawangsa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas serta menonjolkan sikap profesionalisma yang tinggi hingga membuka mata pelbagai pihak untuk mengiktiraf keupayaan KD Mahawangsa. 


Dalam usaha KD MAHAWANGSA mencapai segala misi dan objektif yang ditetapkan, kekangan dan rintangan yang diharungi sepatutnya menjadikan kapal ini bertambah matang dalam menghadapi cabaran yang lebih getir di masa hadapan.

Sejak dari pentauliahan KD MAHAWANGSA, banyak pencapaian dan sumbangan yang telah diberikan terutamanya melalui misi yang dijalankan. Antara misi yang melibatkan kapal ini ialah misi melindungi kapal milik Malaysia di Teluk Aden . Hasil dari sumbangan dan kecermerlangan KD MAHAWANGSA dalam menjalankan misi-misi tersebut, terdapat beberapa jabatan yang berkaitan telah menyuarakan penghargaan melalui surat dan kawat. Namun semua ini tidak akan tercapai tanpa kerja keras dan komitmen dari seluruh peringkat organisasi KD MAHAWANGSA.
 

Sedikit sebanyak mengenai KD MAHAWANGSA. KD MAHAWANGSA merupakan sebuah kapal Multi Purpose Command and Support Ship (MPCSS). Kapal ini ditauliahkan pada 16 Mei 1983. Kapal ini dibina oleh Korea Tacoma Marine Industris LTD. Masan, Republic of Korea. Panjang kapal ini ialah 103 meter dan lebar kapal ini adalah 4.9 meter dengan kedalaman 4.9 meter.

Untuk pengetahuan umum, KD MAHAWANGSA merupakan sebuah kapal pemerintah dan juga kapal logistic. Kapal ini juga menjadi salah satu platform latihan bagi pelatih- pelatih. Kapal ini juga membekalkan bantuan kemanusiaan seperti contoh melindungi kapal milik Malaysia di Teluk Aden.

Apa yang anda baca sebentar tadi adalah sebahagian ucapan pembukaan oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kdr Roslee bin Mohamad Isa TLDM. 
 
Pada 24 Julai 2012, KD Mahawangsa telah dilawati oleh Tim Audit Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera ( SIAGA PAT) Tahun 2012. Lawatan ini disertai seramai 12 orang pegawai dan Lain-lain Pangkat (LLP) dari pelbagai kepakaran dan unit-unit sekitar Pangkalan TLDM Lumut. 
 
Audit ini bermula dengan tayangan montaj yang telah disediakan oleh pihak kapal dengan menunjukkan pencapaian- pencapaian yang telah dicapai oleh kapal semenjak keluar dari limbungan pada tahun 2011 sehingga kini. 

Aktiviti diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Memerintah kepada semua Tim Audit bagi menerangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh kapal. 
 
Selesai ucapan, Tim Audit telah dibawa ke Wisma Perwira untuk pembentangan dokumentasi oleh pihak kapal dan pemeriksaan pembuktian oleh Tim Audit. Audit ini berakhir pada jam 1530H.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...