Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, August 31, 2012

55 Tahun Kemerdekaan


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Setelah 55 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil. 

Beberapa mercu tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia. 

Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan dengan penubuhan Koridor Raya MultiMedia (Multimedia Super Corridor) agar setanding dengan Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003 dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007, angkasawan Malaysia yang pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Suara Malaysia didengar di persada antarabangsa apabila suatu ketika, Malaysia mempelopori usaha menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Keamanan yang dicapai oleh negara dipohon oleh PBB untuk membawa misi tersebut di negara-negara seperti Congo (1960-1963), Somalia (1993-1994), Bosnia (1993-1998), Kampuchea (1991-1994), Angola (1991) dan Timor Leste (2006). Segala pencapaian cemerlang negara adalah cetusan pemimpin dan aspirasi rakyat yang digembeling bersama untuk menjadi Malaysia benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kini segala usaha yang digarap oleh seluruh lapisan rakyat menjadi hadiah yang amat berharga untuk sambutan 55 Tahun Kemerdekaan Malaysia. Menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, rakyat Malaysia seharusnya lebih berwaspada. Biarpun suatu ketika dahulu, rakyat digembar-gemburkan dengan penjajahan bentuk baru melalui pengaruh pemikiran, ekonomi, sosial, adat dan budaya, ternyata, kini, penjajahan ke atas negara lemah dan mundur yang suatu ketika dahulu telah lama ditinggalkan oleh manusia bertamadun, kini kembali semula dalam bentuk dan alasan baru. 

Kita juga dikepung oleh ledakan teknologi komunikasi maklumat dan era globalisasi yang menuntut lebih pengorbanan dan tanggungjawab daripada rakyat untuk terus mempertahankan kemerdekaan sedia ada. Dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan kepada seluruh rakyat menuntut kita supaya lebih peka dengan persekitaran yang berlaku. Justeru, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan akan menjadi wadah untuk rakyat membangunkan negara dengan penuh keimanan kepada tuhan, berilmu, kehidupan yang harmoni, agihan kekayaan yang adil, bertamadun dan beretika.


Bintara & Laskar Terbaik Bulan Julai 12

Sumber: Lt Muhammad Hafiz Bin Mohammad TLDM 
             Pembantu Ketua Pegawai Peperangan

Bertempat di Geladak Kereta Kebal, sekali lagi warga 1MAHAWANGSA mengadakan majlis 4 in 1. Di mana majlis untuk kali ini diadakan sekali dengan Upacara Pemakaian Pangkat, Anugerah Bintara dan Laskar Terbaik Bulan Julai 2012, Penghargaan buat warga 1MAHAWANGSA yang Keluar Kekuatan Anggota (KKA), Anugerah Uji Cergas Terbaik dan Sumbangan Ikhas kepada Pegawai Laksana Kdr Ahmad Nazree bin Abu Hasan TLDM.

Pengiktirafan Bintara dan Laskar terbaik yang diamalkan di dalam TLDM bertujuan untuk menghargai jasa, pengorbanan, mutu kerja terbaik dan sebagainya terhadap seseorang Bintara dan Laskar yang berkhidmat di sesebuah unit. 

Umum mengetahui pengiktirafan ini dilaksanakan secara setahun sekali, berlainan dengan KD MAHAWANGSA di mana pengiktirafan Bintara dan Laskar Terbaik dilakukan secara bulanan. Ini untuk menghargai jasa warga kapal yang telah bertungkus lumus di dalam kerja masing-masing. 

Ganjaran kepada Bintara dan Laskar yang diiktiraf akan diberi sijil serta pelbagai lagi kelebihan seperti berpeluang untuk berkursus, bercuti, dicalonkan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta dicalonkan juga untuk Bintara dan Laskar Terbaik TLDM dan kenaikan gaji tahunan 

Berikut adalah Bintara dan Laskar Terbaik bulanan kapal bagi bulan Julai 2012:

Bintara Terbaik
823769 BK TLR ROSDI BIN HUSSAIN


Laskar Terbaik
830933 LK I PAP ABDUL RAHMAN BIN EBNI HAJAL 






Saturday, August 18, 2012

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI MEMERINTAH KD MAHAWANGSA



Lumut, 15 Ogos - Panglima Markas Sistem Armada, Yang Berbahagia Laksamana Muda Dato’ Hj Khairuddin Bin Khalid telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA iaitu Kdr Roslee bin mohamad Isa TLDM yang berlangsung di bilik mesyuarat Markas Armada. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Staf Markas Armada, dan pegawai-pegawai. Turut hadir memeriahkan majlis isteri kepada pegawai yang dinaikkan pangkat . Kdr Roslee dinaikkan pangkat P/Kept mulai 15 ogos 12. 



Dalam ucapan Panglima Markas Sistem Armada semasa majlis tersebut, beliau mengingatkan bahawa kenaikkan pangkat tersebut diiringi dengan amanah dan tanggungjawab untuk terus berkhidmat dengan gigih, cemerlang dan berintegriti. Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi taniah kepada Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA yang telah dinaikan pangkat dan berharap agar dengan kenaikkan pangkat ini menjadi pembakar semangat serta meningkatkan lagi mutu kerja dalam perkhidmatan. 


Sultan Selangor berbuka bersama warga TLDM

             13 Ogos 12




PELABUHAN KLANG 12 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mencemar duli untuk berbuka puasa bersama-sama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Kapal Diraja Mahawangsa di Jeti Pusat Hidografi Nasional TLDM Pulau Indah di sini semalam.

Ketibaan baginda disambut oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan pegawai-pegawai kanan TLDM. 

Baginda turut menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah bersama jemputan diraja, pegawai-pegawai kanan TLDM dan warga KD Mahawangsa. 

Sebagai Kepten Yang Di Pertua TLDM, Sultan Sharafuddin sentiasa menyuntik semangat keperwiraan warga TLDM untuk terus menyumbang bakti demi menjaga keselamatan perairan dan kedaulatan negara. 

Sultan Selangor Bersama Rakyat - Berbuka Atas Kapal

Sumber: Sinar Harian
             12 Ogos 12


Friday, August 17, 2012

DYMM SULTAN SELANGOR CEMAR DULI BUKA PUASA BERSAMA WARGA TLDM DI KD MAHAWANGSA



KLANG, 11 Ogos. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah buat julung kali telah mencemar duli untuk berbuka puasa bersama-sama warga TLDM yang bertugas di Kapal Diraja MAHAWANGSA yang berada di Jeti Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Pulau Indah Klang.


Ketibaan DYMM Baginda Tuanku bersama kerabat Diraja yang lain telah disambut oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar dan pegawai-pegawai kanan TLDM. Sesungguhnya, kehadiran DYMM Tuanku yang juga Kepten Yang Di-Pertua TLDM dalam aktiviti TLDM sentiasa menyuntik semangat keperwiraan warga TLDM untuk terus menyumbang bakti yang tidak berbelah bagi demi menjaga keselamatan perairan dan kedaulatan Negara.


Baginda juga menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih secara berjemaah bersama jemputan Diraja, pegawai-pegawai kanan TLDM dan warga KD MAHAWANGSA.


Thursday, August 16, 2012

MAJLIS PENUTUP OSTEX 2012



Kota Kinabalu 13 Jul - Kesiagaan serta keupayaan Armada TLDM sekali lagi terserlah dengan kejayaan melaksanakan latihan OSTEX2012 yang telah berlangsung mulai 2 hingga 13 Julai 12 di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan. OSTEX 2012 yang merupakan gabungan Eksesais OSTEX EAST dan OSTEX WEST telah disertai oleh 9 buah kapal permukaan, sebuah kapal selam dan 2 buah helikopter TLDM. Langkah penjimatan yang dilaksanakan melalui gabungan Eksesais OSTEX 12 ini juga telah merealisasikan cetusan Panglima Armada yang mahukan inisiatif penjimatan tanpa menjejaskan kesiagaan dan keupayaan Armada TLDM. 

 

Majlis penutup OSTEX 2012 telah diadakan di Auditorium Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) disempurnakan oleh Panglima Armada iaitu Laksdya Dato Abd Hadi bin A. Rashid di saksikan oleh Panglima Wilayah Laut 2 iaitu Laksda Dato Pahlawan Mohammad Rosland Omar, Ketua Staf Markas Armada iaitu Laksma Pertama Dato Pahlawan Hj. Mohamad Adib bin Abdul Samad, Pegawai Kanan Armada dan pegawai-pegawai memerintah. Dalam teks ucapan, beliau amat berbangga dengan kejayaan Eksesais OSTEX 12 ini tanpa sebarang benda yang tidak diingini. Latihan sewaktu aman merupakan faktor yang penting bagi memastikan kesiagaan Armada berada di tahap yang tinggi dan bersedia untuk melaksanakan fungsi semasa konflik. 


Beliau amat berbangga dengan kejayaan Eksesais OSTEX 12 ini telah membuktikan inventori TLDM mempunyai keupayaan perang dan dapat dioperasikan dengan baik oleh anggota TLDM. Kompetensi pengurusan, penyelenggaraan kapal-kapal juga berada di tahap terbaik. Walaupun turut mengalami impak kekangan kewangan, TLDM tetap memastikan agar armadanya sentiasa berada pada tahap siaga dan terlatih melalui amalan penjimatan dengan Eksesais ini.Di akhir ucapan,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Eksesais OSTEX 2012 pada tahun ini.


Wednesday, August 15, 2012

ANUGERAH KESIAGAAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA 2012

Sumber: Lt Dya Ahmad Fikry Bin Arba'a TLDM
             Pembantu Pegawai Laksana
 
Saya selaku Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA dengan rasa bangga dan terharu mengucap rasa syukur diatas peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan tertinggi TLDM untuk Skuadron ini dicalonkan dalam Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera 2012. Saya yakin kepercayaan ini adalah berdasarkan prestasi dan komitmen dari semua peringkat organisasi KD Mahawangsa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas serta menonjolkan sikap profesionalisma yang tinggi hingga membuka mata pelbagai pihak untuk mengiktiraf keupayaan KD Mahawangsa. 


Dalam usaha KD MAHAWANGSA mencapai segala misi dan objektif yang ditetapkan, kekangan dan rintangan yang diharungi sepatutnya menjadikan kapal ini bertambah matang dalam menghadapi cabaran yang lebih getir di masa hadapan.

Sejak dari pentauliahan KD MAHAWANGSA, banyak pencapaian dan sumbangan yang telah diberikan terutamanya melalui misi yang dijalankan. Antara misi yang melibatkan kapal ini ialah misi melindungi kapal milik Malaysia di Teluk Aden . Hasil dari sumbangan dan kecermerlangan KD MAHAWANGSA dalam menjalankan misi-misi tersebut, terdapat beberapa jabatan yang berkaitan telah menyuarakan penghargaan melalui surat dan kawat. Namun semua ini tidak akan tercapai tanpa kerja keras dan komitmen dari seluruh peringkat organisasi KD MAHAWANGSA.
 

Sedikit sebanyak mengenai KD MAHAWANGSA. KD MAHAWANGSA merupakan sebuah kapal Multi Purpose Command and Support Ship (MPCSS). Kapal ini ditauliahkan pada 16 Mei 1983. Kapal ini dibina oleh Korea Tacoma Marine Industris LTD. Masan, Republic of Korea. Panjang kapal ini ialah 103 meter dan lebar kapal ini adalah 4.9 meter dengan kedalaman 4.9 meter.

Untuk pengetahuan umum, KD MAHAWANGSA merupakan sebuah kapal pemerintah dan juga kapal logistic. Kapal ini juga menjadi salah satu platform latihan bagi pelatih- pelatih. Kapal ini juga membekalkan bantuan kemanusiaan seperti contoh melindungi kapal milik Malaysia di Teluk Aden.

Apa yang anda baca sebentar tadi adalah sebahagian ucapan pembukaan oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kdr Roslee bin Mohamad Isa TLDM. 
 
Pada 24 Julai 2012, KD Mahawangsa telah dilawati oleh Tim Audit Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera ( SIAGA PAT) Tahun 2012. Lawatan ini disertai seramai 12 orang pegawai dan Lain-lain Pangkat (LLP) dari pelbagai kepakaran dan unit-unit sekitar Pangkalan TLDM Lumut. 
 
Audit ini bermula dengan tayangan montaj yang telah disediakan oleh pihak kapal dengan menunjukkan pencapaian- pencapaian yang telah dicapai oleh kapal semenjak keluar dari limbungan pada tahun 2011 sehingga kini. 

Aktiviti diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Memerintah kepada semua Tim Audit bagi menerangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh kapal. 
 
Selesai ucapan, Tim Audit telah dibawa ke Wisma Perwira untuk pembentangan dokumentasi oleh pihak kapal dan pemeriksaan pembuktian oleh Tim Audit. Audit ini berakhir pada jam 1530H.
 

Monday, August 13, 2012

MAJLIS MALAM AKRAB OSTEX 12



Kota Kinabalu 12 Jul – Bersempena OSTEX 12, Majlis Malam Akrab telah diadakan di Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS). Acara bermula sekitar jam 1930H. 


Majlis Malam Akrab diserikan lagi dengan kehadiran Panglima Armada(PA) Laksdya Dato’ Abd Hadi bin A.Rashid,Panglima Wilayah Laut 2 (PWL 2) Laksamana Muda Dato’Pahlawan Mohammad Rosland Omar,Ketua Staf Markas Armada (KS) Laksamana Pertama Dato’Pahlawan Haji Mohamad Adib bin Abdul Samad,Pegawai Kanan Armada serta Pegawai-pegawai Memerintah. 


Dalam teks ucapan,beliau amat berbangga diatas segala usaha yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Exsesais OSTEX 12. Panglima Armada menyuarakan rasa gembira serta mengucapkan terima kasih kepada Panglima Wilayah Laut 2 yang telah melaksanakan Majlis Malam Akrab 2012 dengan jayanya. 


Persembahan band Gema Lautan Mawilla2 turut sama memeriahkan majlis tersebut dengan persembahan lagu-lagu bagi mengiringi kemeriahan sambutan Malam Akrab OSTEX 2012. Dalam masa yang sama Panglima Armada telah menyempurnakan Peyampaian hadiah bagi para pemenang dalam acara golf yang dilangsungkan pada sebelah petangnya. Majlis ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan ikatan persaudaraan dikalangan warga Navy.People. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan di masa hadapan agar ianya kekal dan dapat diabadikan dengan penuh bermakna.


Sunday, August 12, 2012

PEMERGIAN ANAK KETIGA PEGAWAI LAKSANA

Nukilan: Lt Ahmad Firdaus bin Zakaria TLDM
            Pegawai Selam
Tanggal 23 Julai yang lalu, anak ketiga Pegawai Laksana Kdr Nazree bin Abu Hassan TLDM telah selamat dilahirkan di Hospital Manjung. Bayi seberat 2.8 kg itu telah dilahirkan pada jam 1315H secara operasi iaitu sepuluh hari pada tarikh sebenar. 
 
Jenazah yang telah selesai dimandi 
dan disembahyangkan
Namun ketentuan dari Ilahi telah menetukan segalanya. Bayi tersebut telah pulang ke Rahmatullah 3 hari kemudian iaitu pada 26 Julai pada jam 1115H disebabkan masalah pada organ paru-paru.

Jenazah dibawa masuk ke dalam liang lahad
Jenazah telah selamat dimandikan dan disembahyangkan di Masjid An-nur Pangkalan TLDM. Seterusnya disemadikan di tanah perkuburan Islam Batu 7, Lekir sejurus Solat Fardhu Asar. Suasana pilu dan sayu menyelubungi tanah perkuburan dikala jenazah diiringi anggota dari KD MAHAWANGSA, KD PANGLIMA HITAM dan rakan-rakan taulan.

Antara anggota dan para sahabat yang hadir
Salam takziah dari seluruh warga KD MAHAWANGSA kepada Pegawai Laksana dan keluarga... AL FATIHAH.

Saturday, August 11, 2012

OSTEX 2012- TINGKATKAN KEUPAYAAN DAN KECEKAPAN TLDM DALAM PEPERANGAN MARITIM


Lumut, 2 Jul 12- Majlis Pembukaan Operational Sea Training Exercise (OSTEX) 2012 telah disempurnakan oleh Panglima Armada, Laksamana Madya Dato’ Abd Hadi bin A. Rashid di Pusat Taktik Maritim, Pangkalan TLDM, Lumut. Turut hadir Ketua Staf Markas Armada, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Mohamad Adib bin Abdul Samad, Panglima-panglima, Pegawai Memerintah, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai yang berpangkalan di Lumut. 


OSTEX 2012 melibatkan secara langsung aset TLDM yang terdiri daripada lapan buah kapal iaitu KD JEBAT, KD LEKIU, KD SELANGOR, KD KELANTAN, KD PAHANG, KD PERAK dan KD MAHAMIRU, sebuah aset strategik negara, kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN, sebuah helikopter Super Lynx dan sebuah helikopter FENNEC. 

Selain daripada aset-aset TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga bakal menyumbang dalam pelaksanaan latihan gabungan TLDM ini dengan menugaskan dua buah pesawat pejuang HAWK, sebuah pesawat MPA (Maritime Patrol Aircraft) dan sebuah pesawat CN235.

Panglima Armada dalam ucapannya menyatakan bahawa dengan perlaksanaan eksesais ini memberi kesempatan untuk kita menguji keberkesanan peralatan dan keupayaan Tim Pemerintah kapal. Peluang untuk beroperasi dalam satu Gugus Tugas jarang diperolehi dan kesempatan ini harus dimanfaatkan semaksimum mungkin bagi meningkatkan tahap kecekapan dan prestasi setiap warga kapal. Beliau juga yakin eksesais ini dapat membantu anggota-anggota TLDM dalam menilai keberkesanan latihan individu, tim dan kapal serta menguji keupayaan kerjasama setiap warga yang terlibat.


Beliau juga menegaskan dalam melaksanakan eksesais ini, hendaklah sentiasa memberi keutamaan dan perhatian serius serta tidak berkompromi dalam aspek keselamatan. Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Ambil iktibar dari kejadian yang telah berlaku dan elakkannya dari berulang. Lazimnya kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian manusia.

Setiap peringkat pegawai dan anggota juga diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam melaksanakan tugas. Jangan sesekali mengamalkan sikap ambil mudah atau ‘taking things for granted and allow complacency to set in’ semasa menjalankan tugas. Beliau juga berharap agar Pegawai Memerintah, Pegawai-pegawai, Bintara-bintara serta semua yang terlibat di dalam eksesais ini memainkan peranan masing-masing supaya tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.


Di akhir ucapan, Panglima Armada menegaskan dan berharap supaya semua yang terlibat dalam eksesais ini akan berusaha bersungguh-sungguh dan memperoleh manfaat sepenuhnya dari latihan yang dirancang dan bakal dilaksanakan. Segala kekangan yang ada pada aset yang telah berusia jangan dijadikan alasan untuk tidak melakukan yang terbaik dan melaksanakan eksesais dengan lancar seterusnya mencapai objektif yang digariskan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...