Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, June 13, 2012

Walimatul Urus Pegawai dan Anggota 1MAHAWANGSA

Sumber: Lt Farhan Bin Ahmed Supian TLDM
             Pegawai Geladak

Majlis 10 dalam 1 yang diadakan di Geladak Kereta Kebal KD MAHAWANGSA turut meraikan perkahwinan bagi Lt Norfadli bin Badri TLDM N/404684 yang dilangsungkan pada 26 Mei 12 di Pontian, Johor serta majlis perkahwinan bagi 832448 LK I TNL Mohd Khairuddin bin Jemri yang dilangsungkan pada 6 Mei 12 di Jengka, Pahang.


Walaupun warga 1Mahawangsa tidak dapat hadir di kedua-dua majlis tersebut kerana terlibat dengan tugasan di Sabah dan Sarawak, namun semangat kekitaan yang tersemat dalam sanubari seluruh warga, majlis kali ini juga meraikan kedua-dua pegawai dan anggota tersebut pada pagi jumaat yang berkah itu.


Lt Norfadli bin Badri TLDM kini telah bergelar suami kepada pasangannya iaitu Puan Nur Rifhan binti Hassan yang kini menetap di Kuala Lumpur. 

Majlis Perkahwinan
Lt Norfadli bin Badri TLDM
Manakala LK I TNL Mohd Khairuddin bin Jemri kini bergelar suami kepada Nurul Akma binti Napiah. 

Majlis Perkahwinan
LK I TNL Mohd Khairuddin bin Jemri
Seluruh warga 1MAHAWANGSA juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua-dua pasangan dan semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. Tak lupa juga ucapan kepada pasangan masing-masing supaya tabah menghadapi dugaan apabila berjauhan dengan suami semasa kapal terlibat dengan operasi kelak.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum admin..sy mendapat berita LK I TNL Mohd Khairuddin bin Jemri telah ditemuai meninggal dunia dr facebook...Al-Fatihah

    https://www.facebook.com/groups/1039124522817859/permalink/1433712976692343/


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...