Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, June 25, 2012

Uji Cergas Penggal Pertama

Sumber: Lt Dya Muhamad Munawar Fitree Bin Mat Kilau TLDM
             Pembantu Pegawai Navigasi

Pada 18 dan 19 Jun 12, kapal telah mengadakan uji cergas bagi penggal pertama bagi warga kapal. Aktiviti tersebut dijalankan mengikut kategori umur dan terbahagi kepada 3 kumpulan. 


Kumpulan 1 peringkat umur 18 sehingga 24 tahun. Kumpulan 2 peringkat umur 25 sehingga 34 tahun. Manakala kumpulan 3 peringkat umur 35 sehingga 44 tahun. 

Uji cergas terdiri daripada 5 jenis ujian iaitu bangkit tubi, lompat jauh dari kedudukan berdiri, lari ulang alik 4 x 10 meter, lari 2.4KM dan berenang 50 meter dan terapung selama 3 minit. Aktiviti dijalankan di Kompleks Sukan dan kolam renang pangkalan serta telah dijalankan dengan jayanya.


Untuk keputusan uji cergas bagi penggal pertama 12 ini, tiada warga kapal yang gagal dalam menjalankan kesemua ujian yang diberi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...