Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, June 17, 2012

Terima Kasih TLDM

Sumber: Lt Mohd Khusainy bin Anua TLDM 
             Timbalan Pegawai Jurutera Hull




Sokongan yang diberikan oleh pihak pengurusan tertinggi TLDM dalam membenarkan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA menjadi selaku salah seorang speaker di Seminar on Business Excellence: A Transformation Story Board membuktikan TLDM sentiasa peka terhadap kecemerlangan warga TLDM amnya ke arah World Class Navy. Sokongan yang padu itu merupakan tanda penghargaan buat kami Warga 1MAHAWANGSA di atas usaha yang telah kami lakukan selama ini. 

Kami Warga 1MAHAWANGSA ingin mengucapkan jutaan terima yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan tertinggi TLDM dalam merealisasikan impian kami untuk menjadi duta 5S dan meneruskan tugas kami untuk masa akan datang. 

Diharapkan pembentangan yang bertajuk “KD MAHAWANGSA: Harnessing Human Potentials for Organisational Transformation” dapat memberi peluang kepada pihak luar untuk mengenali TLDM dengan lebih dekat lagi. Terima kasih yang tidak terhingga dan Salam 1MAHAWANGSA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...