Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, June 18, 2012

Terima Kasih MPC

Sumber: Lt Mohd Khusainy bin Anua TLDM
             Timbalan Pegawai Jurutera Hull



Pembentangan bertajuk “KD Mahawangsa: Harnessing Human Potentials for Organisational Transformation” merupakan satu lagi titik kejayaan bagi warga 1MAHAWANGSA apabila Pegawai Memerintah Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM sekali lagi diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja tersebut sempena ‘Seminar on Business Excellence: A Transformation Story Board’ yang diadakan pada 15 Mei 2012. 

Pengalaman sepanjang berkhidmat di KD MAHAWANGSA turut dikongsi bersama dengan peserta yang hadir di mana beliau hadir dengan beruniform bagi membuktikan kejayaan TLDM di mata pihak luar.

Kami Warga 1MAHAWANGSA ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas jemputan yang telah diberikan oleh pihak MPC kepada Pegawai Memerintah Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM. Diharapkan hubungan yang erat ingin akan sentiasa berkekalan dan berterusan untuk masa akan datang. Salam 1MAHAWANGSA dari kami warga 1MAHAWANGSA untuk seluruh warga MPC.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...