Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, June 26, 2012

Selamat Pengantin Baru - Lt Zaidi & Kapt Zazalina

Sumber: Lt Mohd Fauzi Bin Amayah TLDM
             Pembantu Pegawai Peperangan Elektronik


Persandingan salah seorang mantan pegawai KD MAHAWANGSA iaitu Leftenan Mohd Zaidi bin Bishan TLDM telah dilansungkan pada 23 Jun 12 yang lalu bertempat di Dewan Seroja Kem KEMENTAH. Mantan pegawai KD MAHAWANGSA ini telah diperjawatkan sebagai Pegawai Tadbir seterusnya Pegawai Peperangan Elektronik di kapal ini. Kini, beliau diperjawatkan sebagai Juruiring kepada Laksamana Madya Dato’ Wira Jamil bin Osman. 


Majlis resepsi perkahwinan ini dianggap amat istimewa kerana ditaja penuh oleh Utusan Malaysia kerana beliau dan pasangannya, Kapten Zazalina binti Ghazali telah memenangi tempat kedua Peraduan Gerbang Cinta Musim Ke-3 anjuran Utusan Malaysia. Pasangan mempelai bertuah ini telah bernikah pada 21 Jun 12 yang lalu turut membawa pulang sebuah skuter, tajaan pakej perkhawinan bernilai RM80,000.00 beserta wang tunai RM3,000.00, barangan elektrik, barang kemas dan sofa. 


Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaafar serta isteri, Puan Sri Sarah binti Abdul Ghaffar dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Nordin bin Mohd Ali. Seramai 5 orang pegawai KD MAHAWANGSA telah hadir bagi mejayakan sword bearer pasangan ini yang disaksikan lebih 1,500 orang saudara-mara serta sahabat kedua-dua pasangan ini. Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kepten Jamel bin Abdul Rahman TLDM beserta isteri turut hadir di majlis ini. 


Walaupun Leftenan Zaidi merupakan mantan pegawai KD MAHAWANGSA, namun sokongan yang diberikan oleh warga 1 MAHAWANGSA kepada beliau masih berterusan sehingga ke hari ini. Warga 1 MAHAWANGSA mendoakan semoga pasangan ini dirahmati Allah dan kekal sehingga akhir hayat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...