Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, June 26, 2012

Penyatuan dua hati satu jiwa Lt Zaidi TLDM dan Kapt Zazalina



Oleh: Mantan Pegawai Peperangan Elektronik
 
Penyatuan dua hati satu jiwa Lt Zaidi TLDM (Mantan EWO BDSN yang kini Juruiring Laksdya Datuk Jamil Osman) dan Kapt Zazalina termeterai di Dewan Seroja Kem Kementah pada 23 Jun 2012 yang lalu.  Hasil perkongsian cinta selama 4 tahun telah membawa kami melangkah ke alam perkahwinan.  “Tuah” atau rezeki seseorang sukar dijangka dan semuanya adalah kurniaan Illahi yang Maha Esa.  Saya dan Isteri amat bersyukur kerana dinobatkan sebagai Naib Juara Peraduan Gerbang Cinta Utusan Musim Ke-3 dengan meraih pakej perkahwinan bernilai RM80 ribu, sebuah motosikal, set sofa, pakej bulan madu, set barang kemas dan wang tunai RM3000.  Bukan mudah untuk meraih kejayaan ini, namun atas berkat doa, usaha dan dorongan dari pelbagai pihak kami berjaya mendapat Naib Johan pada musim kali ini.

Majlis Resepsi Perkahwinan berlangsung di Dewan Seroja Kem Kementah penuh kemeriahan dengan diserikan kehadiran Tetamu Kehormat YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar, Panglima Tentera Laut dan isteri.  Turut hadir Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Ishak dan beberapa  panglima tertinggi TLDM, TD serta rakan-rakan seperjuangan.  Dengan jemputan seramai 1500 orang, majlis yang disempurnakan oleh seramai 20 orang pegawai TLDM dalam acara silang pedang merupakan salah satu yang teramai pernah diadakan setakat ini.  Majlis yang juga mendapat liputan media dari Utusan Malaysia telah menggambarkan tiada yang mustahil untuk dicapai, hanya doa dan usaha menjadi jalan utama menuju kejayaan. 

Saya juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YBhg Kept Jamel Abd Rahman TLDM kerana sudi hadir menyerikan majlis dan memberi saya ruang khas untuk dimuatkan ke dalam portal BDSN.  Kepada seluruh warga BDSN yang hadir saya ucapkan sejuta penghargaan dan yang tidak sempat hadir saya mohon doa kalian untuk kesejahteraan saya dan isteri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...