Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, June 23, 2012

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Memancing

Sumber: Lt Mohd Nasrul Bin Hashim TLDM 
             Pembantu Pegawai Jurutera Elektrik & Senjata

Pada 30hb Mei satu majlis ringkas penyampaian hadiah pertandingan memancing KD MAHAWANGSA telah dilakukan di geladak kereta kebal. 


Dalam majlis ini Pegawai Memerintah telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Grand Prix Memancing Siri 1/12 KD MAHAWANGSA. 


Penyampaian dimulakan dengan tempat ke lima dimenangi oleh LK PAP Ahar dengan tangkapan ikan ketuka seberat 200g. 

Tempat keempat dimenangi oleh LK I PAP Zainal dengan tangkapan ikan Malong seberat 210g. Tempat ketiga dimenangi oleh BK TLS Arbain dengan tangkapan ikan Ketuka seberat 250g. 

Tempat kedua dimenangi oleh BM TMK Rashidi dengan tangkapan ikan Sarjan seberat 260g dan johan pertandingan pada kali ini dimenangi oleh LK PWP Rashid dengan tangkapan ikan ketuka seberat 290g. 

Hadiah pertandingan pada kali ini telah disumbangkan oleh pihak kapal iaitu 5 kampit beras 10kg. Syabas diucapkan kepada pemenang. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...