Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, June 25, 2012

Majlis Minum Petang Bersama YAB MB Perak

Sumber : Lt Muhammad Hafiz Bin Mohammad TLDM 
              Pembantu Ketua Pegawai Peperangan

24 Jun 2012, Ahad. Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD MAHAWANGSA sekali lagi menjadi platform untuk menjayakan "Program Majlis Minum Petang Bersama YAB Menteri Besar Perak", iaitu Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir yang juga merangkap ADUN Pangkor. Program yang penuh bermakna ini telah diadakan sempena "Lawatan Pemimpin Bersama Rakyat" oleh YAB Menteri Besar selama sehari suntuk di dalam Pangkalan TLDM Lumut.

YAB Menteri Besar Pemrak menandatangani Buku Pelawat KD MAHWANGSA
Program tersebut bermula pada jam 4.00 petang dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perak, serta disambut meriah oleh warga The Navy People, 1 MAHAWANGSA. Turut hadir pada program tersebut ialah Dato' Seri Kong Cho Ha Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga merangkap Ahli Parlimen Lumut dengan diiringi oleh Panglima Armada, Panglima Sistem Armada, Panglima Bantuan serta para Pegawai Memerintah.

YAB Menteri Besar disambut mesra oleh The Navy People
Pada majlis itu, YAB Menteri Besar Perak menyampai seribu penghargaan kerana kesudian The Navy People meluangkan masa untuk program tersebut. Dalam pada itu, YAB Menteri Besar juga berkata setelah tiga dekad TLDM bertapak di situ, bandar Lumut yang terletak di muara Sungai Dinding telah mencatat sejarah apabila diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim, sekali gus menjadikannya bandar pertama di Asia menerima pengiktirafan demikian. 

Menerusi pengiktirafan itu, Lumut yang sebelum ini lebih dikenali sebagai pintu masuk ke Pulau Pangkor, kini sebaris dengan lapan bandar tentera laut di seluruh dunia seperti Karlsrona, Sweden; Simon’s Town, Afrika Selatan; Portsmouth, United Kingdom; Sydney, Australia; Kiel, Jerman dan Norfolk dan New Port, Amerika Syarikat. 

Selain itu juga YAB Menteri Besar Perak juga berkata bandar ini semakin berubah rupa dan menikmati pembangunan, tetapi pada masa yang sama, keindahan alam sekitar dan keindahan pantainya dipelihara dan beliau berjanji perkara ini akan berterusan.

Penyampaian sumbangan kepada  semua Pegawai Memerintah
Majlis tersebut diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan oleh YAB Menteri Besar Perak kepada para Pegawai Memerintah Kapal dan Pangkalan. Selesai penyampaian sumbangan tersebut YAB Menteri Besar dijemput untuk menikmati jamuan ringan dan berakhir dengan YAB Menteri Besar beramah mesra bersama warga The Navy People, KD MAHAWANGSA. 

YAB Menteri Besar Perak, Menteri Pengangkutan serta 
Panglima Armada bergambar untuk kenangan- kenangan
Acara sepetang bersama MB Perak ini amat bermakna dan meninggalkan kenangan yang amat istimewa kepada seluruh warga The Navy People khususnya kepada warga 1 MAHAWANGSA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...