Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, June 20, 2012

Lt Kdr Samrus bin Che Dan N/402684 Kembali Kerahmatullah

Sumber: Kdr Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM
             Pegawai Laksana


Pegawai memasuki perkhidmatan pada 20 julai 1994 (pengambilan ke-45). Arwah baru saja kembali ke tanahair dari mengikuti Kursus Staf di Australia dan kini diperjawatkan sebagai Ketua Skuadron Gempur KD PANGLIMA HITAM. 

Pegawai sedang mengetuai latihan penyelaman Eks JERONG EMAS di pelantar minyak bersama KD SRI INDERA SAKTI. Disahkan meninggal dunia 18 Jun di Hospital Kerteh, Terengganu. 

Jenazah telah selamat disemadikan di kg halamannya di tanah perkuburan Islam Lunas, Kulim, Kedah pagi 19 Jun 12. Arwah meninggalkan seorang balu Faridatun bte Ishak dan 4 org anak antara 8 ke 1 tahun. 

Upacara pengkebumian disempurnakan dgn penuh adat ketenteraan. Penghormatan terakhir ini turut dihadiri oleh Laksda Dato' Nasaruddin Othman AKS J3 MAB, Laksma Dato' Adib KS Mk Armada, Komander Mk PKL Kept Jamalludin Saman TLDM serta lebih 200 warga Navy People, kenalan & jiran tetangga. 

Suasana pilu dan sayu menyelubungi tanah perkuburan di kala Navy Ensign diserahkan kepada balunya yang turut disaksikan kedua ibu bapanya dan anak-anaknya yg masih kebingungan. 

Semoga rohnya ditempatkan didalam golongan orang-orang yang soleh. Kepada kita yang masih hidup ini, sama-samalah kita mendoakan agar segala amal ibadat serta amal kebajikan arwah diterima Allah SWT. 

Kepada yang mengenali, maafkan dan halalkanlah sekiranya termakan, terminum dan hutang arwah agar jasadnya bersemadi dengan aman dan tenang. TLDM amnya dan PKL khusunya kehilangan seorang pegawai yang kredibel dan berkarisma. Salam takziah dari warga Armada.. AL FATIHAH.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...