Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, June 02, 2012

Lawatan Warga 1MAHAWANGSA Ke USS Makin Island

Sumber: Lt Mohd Khusainy bin Anua TLDM 
              Timbalan Pegawai Jurutera Hull



Kedatangan USS Makin Island ke PTKK merupakan satu peluang yang cukup bermakna buat warga 1MAHAWANGSA. Kapal dengan panjang 847 kaki ini turut merapat pada hari KD MAHAWANGSA merapat di jeti PTKK iaitu pada 18 Mei 12. 



Peluang ini turut diintai oleh Pegawai Laksana Kdr Ahmad Nazree bin TLDM untuk mengadakan lawatan istimewa ke USS Makin Island bersama dengan warga 1MAHAWANGSA dengan hasil perbincangan Pegawai Laksana dengan Deputy Commodore Captain Cooper sendiri. 


Hasil dari perbincangan itu, lawatan tersebut telah berjaya diadakan pada 19 Mei 12 jam 9 pagi. Seramai 25 orang warga 1MAHAWANGSA telah terpilih untuk menyertai lawatan tersebut walaupun sebanyak 50 orang berminat untuk mengikuti lawatan ini pada mulanya di mana lawatan ini diketuai oleh Pegawai Laksana sendiri. Kedatangan peserta lawatan ini disambut oleh Deputy Commodore Captain Cooper.


Warga 1MAHAWANGSA dibawa melawat ke tempat seperti Tank Deck, Helo Deck, Galley dan Bridge. Antara kenderaan yang diletakkan di Tank Deck adalah tank dan 3 buah landing craft air cuisine iaitu hovercraft. Manakala di Helo Deck pula diletakkan 36 buah air craft daripada jenis Cobra, Sea Dragon dan lain-lain lagi.



Jarak untuk take off adalah sejauh 375 kaki turut disediakan di Helo Deck tersebut. Lawatan yang memakan masa hampir 2 jam ini berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati dari warga 1MAHAWANGSA kepada wakil dari USS Makin Island yang disampaikan oleh Pegawai Laksana sendiri. Diharapkan pengalaman yang bermakna ini diingati selama-lamanya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...