Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, June 26, 2012

Lawatan SMK Ambrose

Sumber: Lt Muhammad Hafiz bin Mohammad TLDM
             Pembantu Ketua Pegawai Peperangan


Pelajar-pelajar daripada SMK Ambrose 
menaiki elevator turun ke Geladak Kereta Kebal
Kejayaaan KD MAHAWANGSA memperoleh pengiktirafan Pengsijilan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) daripada Perbadanan Produktivit Malaysia (MPC) telah menarik minat banyak pihak untuk mengetahui kaedah dan budaya kerja yang diamalkan oleh warga 1 MAHAWANGSA. Malah kejayaan itu telah menjadikan ia adalah satu titik sejarah kerana KD MAHAWANGSA adalah satu-satunya kapal perang pertama di dalam armada Tentera Laut Diraja Malaysia yang mendapat pengiktirafan di Malaysia. Sehubungan dengan itu pada 16 Jun 12, KD MAHAWANGSA telah menerima lawatan seramai 79 orang daripada SMK Ambrose, Ayer Tawar Perak. 

Lawatan ke Anjungan
Lawatan itu adalah sebagai salah satu perkongsian pengalaman berkenaan ilmu 5S. Lawatan ini bermula pada jam 12.30 tengahari didahului dengan lawatan di bahagian Geladak Kenderaan sebelum pelajar-pelajar dan guru pengiring daripada SMK Ambrose menaiki elevator dan turun untuk menikmati juadah tengahari yang telah disediakan di Geladak Kereta Kebal. Lawatan seterusnya diteruskan ke bahagian Bilik Jentera dan pejabat-pejabat di sekitar Geladak Kereta Kebal, Rumah Masak, Anjungan dan diakhiri dengan Pejabat Kapal. 

Taklimat dan tayangan montaj di Geladak Kereta Kebal

Pelajar-pelajar daripada SMK Ambrose 
menikmati juadah tengahari di Geladak Kereta Kebal
Pengetua SMK Ambrose, Hj. Yusoff bin Hamid sangat berbangga dengan keupayaan dan kebolehan yang dipamerkan oleh warga KD MAHAWANGSA mengamalkan amalan 5S iaitu Susun, Sisih, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal. Lawatan ini turut sama diiringi oleh Kepten Hong Ken Sin PSSTLDM yang menyelaraskan pergerakan pelajar bersama-sama dengan guru pengiring. Lawatan tersebut berakhir pada jam 2.30 petang selepas tayangan montaj dan penyampaian cenderahati diantara KD MAHAWANGSA dan SMK Ambrose.

Sesi bergambar di Geladak Penerbangan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...