Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, June 21, 2012

LAWATAN RINGKAS OLEH PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN

Sumber: Lt Mohd Nasrul Bin Hashim TLDM 
            Pembantu Pegawai Jurutera Elektrik & Senjata

8 Jun 12 - KD MAHAWANGSA telah menerima lawatan ringkas oleh Yang Berbahagia Panglima Pendidikan dan Latihan, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman. 



Lawatan ringkas ini sangat bermakna kepada warga KD MAHAWANGSA yang sedang menjalani rutin Self Maintenance Period (SMP) kerana lawatan ini tidak dirancang dan Yang Berbahagia Panglima berbesar hati untuk melihat sendiri budaya dan Amalan 5S di KD MAHAWANGSA. 

Segala persiapan telah dilakukan dalam masa yang singkat bagi menerima lawatan oleh Yang Berbahagia Panglima seperti mana lawatan 5S oleh VIP yang telah dilakukan sebelum ini. 


Yang Berbahagia Panglima telah dibawa turun ke Geladak Kereta Kebal menggunakan elevator . Di antara kawasan lawatan beliau termasuklah Bilik Enjin, Bilik Kawalan Jentera, Pejabat Kapal, Geladak Kereta Kebal, Pejabat DCHQ, Setor Teknikal, Setor Peralatan Hidangan, Anjungan Serta Wisma Pewira. 

Seterusnya Yang Berbahagia Panglima telah dipersembahkan dengan tayangan montaj yang telah disediakan. Yang Berbahagia Panglima amat berpuas hati dengan Amalan 5S yang telah dilakukan oleh warga KD MAHAWANGSA dan teruja dengan pengekalan kekemasan setiap kawasan di kapal yang telah melakukan amalan 5S. 


Justeru itu, semangat dan komitmen yang diberikan oleh setiap warga kapal demi merealisasikan amalan 5S yang telah dipimpin oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM adalah amat dibanggakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...