Sumber: Lt Mohd Fauzi Bin Amayah TLDM
Pembantu Pegawai Peperangan Elektronik
![]() |
Pegawai Memerintah menerangkan
laman sesawang
KD MAHAWANGSA
|
KD MAHAWANGSA merupakan kapal penanda aras kepada Armada TLDM. Hal ini dibuktikan apabila KD MAHAWANGSA menerima lawatan dari Ketua Staf Markas Armada, Laksma Dato’ Pahlawan Haji Muhammad Adib bin Abdul Samad serta 6 orang staf dari markas tersebut pada 14 Jun 2012. Lawatan ini bertujuan melihat keupayaan KD MAHAWANGSA dalam memandu budaya 5S serta menjadikan budaya kerja 5S di KD MAHAWANGSA dapat diimplimentasikan di Markas Armada.
![]() |
Lawatan ke Rumah Sakit
|
Lawatan ini bermula pada jam 8.30 pagi didahului dengan lawatan di bahagian Geladak Kenderaan sebelum Yang Berbahagia Ketua Staf menaiki elevator untuk melawat ke bahagian Bilik Jentera dan pejabat-pejabat di sekitar Geladak Kereta Kebal. Yang Berbahagia Ketua Staf sangat berbangga dengan keupayaan dan kebolehan yang dipamerkan oleh warga KD MAHAWANGSA mengamalkan amalan 5S iaitu Susun, Sisih, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal. Lawatan ini diiringi oleh Yang Berbahagia Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA dan Yang Berusaha Pegawai Laksana.
![]() |
Lawatan ke Rumah Masak
|
![]() |
KS mengesyorkan kepada staf MA
supaya budaya
5S digunakan di MA
|
Setelah melihat persembahan montaj, lawatan diteruskan ke kabin-kabin krew KD MAHAWANGSA seterusnya ke Rumah Masak dan diakhiri dengan Pejabat Kapal. Yang Berbahagia Ketua Staf menyeru kepada staf-staf Markas Armada yang turut serta dalam lawatan tersebut agar mencontohi budaya 5S di KD MAHAWANGSA khususnya di ruangan pejabat agar pengurusan Markas Armada lebih efisyen dan komprehensif. Lawatan tersebut berakhir pada jam 10.30 pagi dan Yang Berbahagia Ketua Staf menjamu selera di Kamar Laksamana bersama-sama dengan Yang Berbahagia Pegawai Memerintah.
![]() |
Lawatan di sekitar Geladak Kereta Kebal
|
No comments:
Post a Comment