Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, June 16, 2012

LAWATAN MESRA KETUA PENGARAH PENGUASA APMM WILAYAH SABAH & LABUAN

Sumber: Lt Muhammad Shafie Bin Razi TLDM 

            Timbalan Pegawai Peperangan Elektronik





Pelabuhan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) di bawah naungan MAWILA 3 merupakan salah satu destinasi persinggahan KD MAHAWANGSA dalam pelayaran logistik yang telah direncanakan. Semasa kapal di PTKK untuk proses pemunggahan keluar inventori-inventori kerajaan daripada kapal untuk diserahkan kepada unit-unit di Kota Kinabalu. Pada hari ketiga di Kota Kinabalu, KD MAHAWANGSA telah berbesar hati menerima kunjungan mesra daripada Ketua Pengarah Penguasa APMM wilayah Sabah dan Labuan iaitu Laksamana Pertama Maritim M.Karunanithi a/l Munusamy yang merupakan sahabat baik Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA. 



Kehadiran beliau telah disambut oleh Pegawai Memerintah dan selama hampir 2 jam berada di kapal, beliau telah dibawa melawat keseluruhan bahagian kapal termasuklah Geladak Kereta Kebal, stor-stor dan juga Bilik Kawalan Jentera. Selain itu juga tayangan video yang memaparkan kejayaan KD MAHAWANGSA dan transformasi ke arah persekitaran berkualiti 5S turut ditayangkan di Geladak Kereta Kebal. Menurut Ybhg Laksamana Maritim karu, beliau berasa begitu teruja dan berbangga dengan kejayaan demi kejayaan yang telah ditempa oleh kapal sejak keluar dari limbungan. Apa yang membanggakan beliau adalah keadaan bilik jentera utama yang begitu bersih dan terjaga rapi sedangkan kapal telah melalui pelayaran merentasi Selat Melaka dan Selat Singapura untuk sampai ke Sabah. 


Beliau juga turut dibawa melawat ke Pejabat Kapal yang menjadi mercu kebanggaan KD MAHAWANGSA dimana fail yang tersusun rapi membolehkan anggota mudah untuk mencari rujukan dan sebarang maklumat di bawah masa 30 sat. Ybhg Laksamana turut diberi peluang untuk mengujinya dan ternyata fail yang dikehendakinya mampu diperolehi dalam masa kurang dari 30 saat. Kemuncak kepada lawatan ini adalah beliau di beritahu berkenaan kewujudan blog rasmi KD MAHAWANGSA iaitu WWW.KDMAHAWANGSA.COM yang menceritakan segala aktiviti dan kejayaan kapal dalam bentuk media elektronik sejajar dengan dunia di hujung jari.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...