Sumber: Lt Farhan Bin Ahmed Supian TLDM
Pegawai Geladak
Pada 5 Jun 12, KD MAHAWANGSA telah menerima kunjungan tidak rasmi daripada 2 Orang Pesara Pegawai Kanan TLDM iaitu Kept (B) Johari bin Ramzan TLDM dan Kdr (B) Eui Lin Choon TLDM serta Pegawai Memerintah KD SRI MANJUNG Kept Hong Kent Sin PSSTLDM yang dibawa sendiri oleh Yang Berbahagia Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM.
![]() |
Pegawai Memerintah menunjukkan Papan
Informasi 5S
|
Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian maklumat dan pendedahan dalam cara KD MAHAWANGSA mengimplementasikan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di seluruh bahagian kapal termasuk Bilik Jentera Utama yang menjadi kebanggaan Pegawai Memerintah dan warga kapal.
![]() |
Lawatan di Bilik Jentera Utama
|
Semasa lawatan tersebut, Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM menceritakan pengalaman beliau bersama-sama warga KD MAHAWANGSA yang bertungkus-lumus meningkatkan tahap kesiagaan dan kekemasan kapal bermula kapal berada di Limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd sehingga dipersijilkan dengan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S pada 27 Jan 12.
![]() |
Sarjan Abang Amran menerangkan
penerapan Amalan 5S di Rumah Sakit.
|
“Saya berasa sungguh kagum dan bangga kerana dapat melihat keberkesanan Sistem 5S yang diamalkan secara menyeluruh di KD MAHAWANGSA. Sebagai bekas Pegawai Memerintah kapal TLDM serta bekas Pegawai Kanan Armada, saya merasakan apa yang ada di KD MAHAWANGSA perlu dijadikan contoh serta ikutan oleh unit-unit lain dalam TLDM” Kept (B) Johari bin Ramzan TLDM mengulas sekitar lawatan tersebut.
![]() |
Kept (B) Johari bin Ramzan TLDM menguji
anggota pejabat kapal
masa yang diperlukan untuk mencari dokumen.
|
Manakala bagi Kdr (B) Eui Lin Choon TLDM yang pernah berkhidmat di KD MAHAWANGSA sebagai Pegawai Navigasi pada tahun 1983, beliau merasakan bahawa lawatan ini sebagai dejavu kerana apa yang dilihat didepan mata beliau tidak ubah seperti keadaan sewaktu beliau meninggalkan kapal pada 26 tahun yang lalu.
![]() |
Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM bersama
tetamu melihat
Portal Rasmi KD MAHAWANGSA
|
Di akhir lawatan tersebut, Pegawai Memerintah menjemput tetamu bersama-sama untuk menikmati makan tengah hari di Kamar Laksamana.











No comments:
Post a Comment