Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, June 27, 2012

LAWATAN 5S KBS KE KD MAHAWANGSA






PUTRAJAYA, 14 Mei 2012 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadi salahsatu daripada Kementerian yang telah menerima pelawaan Unit Pengiktirafan & Anugerah, Jabatan Kecemerlangan Perniagaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk bersama-sama menyertai Lawatan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di KD Mahawangsa yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 9 Mei 2012 yang lalu.


Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatat sejarah tersendiri sebagai kapal pertama di negara ini yang dianugerahkan persijilan 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 5 Januari 2012.

KD Mahawangsa yang merupakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia seberat 4,300 tan dan sepanjang 100 meter yang berpengkalan di TLDM Lumut di Perak, Malaysia berfungsi sebagai kapal sokongan pelbagai peranan. Kapal tersebut dinamakan sempena Merong Mahawangsa, lagenda pengasas kerajaan Kedah Tua.


Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kapten Jamel Abdul Rahman berkata, kapal yang berusia hampir 30 tahun itu kini lebih baik menerusi pelbagai perubahan dan penambahbaikan.

KD Mahawangsa mampu bergerak dengan kelajuan 16.5 knot dilengkapi dengan persenjataan berat, radar dan keupayaan kargo dalam jumlah yang besar itu turut memperoleh pensijilan kualiti MS ISO 9001:2008 dan OHSAS 18001:2007. Kelengkapan dan persekitaran kapal yang dijaga rapi, pegawai dan krew kapal yang peramah dan kejayaannya dalam menyertai pelbagai misi dalam dan luar negara menjadikan kapal tersebut layak dinobatkan sebagai “THE BEST DAMN SHIP IN THE NAVY.”

Pensijilan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC, Mohd Razali Hussain kepada Jamel Abdul Rahman di atas kapal KD Mahawangsa di Pangkalan TLDM, Lumut pada Khamis, 5 Januari 2012.

Pensijilan 5S merupakan sistem amalan persekitaran berkualiti iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.

Terima kasih banyak-banyak kepada MPC dan Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kapten Jamel Abdul Rahman yang sudi menerima kunjungan seramai 200 orang itu dan membenarkan membawa kami melawat kapal KD Mahawangsa.



Disemak oleh: Razali Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...