Pegawai Geladak
Bersempena dengan Majlis 10 dalam 1 yang dianjurkan pada 1 Jun 12 yang lalu, warga 1Mahawangsa bersama-sama meraikan kelahiran Mohd Damiyyan Mikail, anak kedua bagi 819993 BK TNL Mohd Azahar bin Malek pada tanggal 30 Mei 12.
![]() |
Mohd Damiyyan Mikail
berusia 1 hari
|
Bayi seberat 3.3 kg itu dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut. Dalam sesi temubual bersama bintara, beliau memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana kedua-dua isteri dan zuriatnya dalam keadaan yang sihat. Bintara juga berterima kasih kepada pihak kapal kerana sudi berkongsi kegembiraan dan meraikan kelahiran anaknya dalam majlis ini.







No comments:
Post a Comment