Sumber: Lt Mohd Khusainy bin Anua TLDM
Timbalan Pegawai Jurutera Hull
Walaupun tempoh pelayaran logistik Malaysia Timur iaitu pada 6 Mei 12 hingga 30 Mei 12 memakan masa hampir sebulan, keadaan di bilik jentera utama sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Setiap anggota TMK yang bertugas di bilik kawalan jentera sentiasa memastikan tahap kebersihan bilik jentera di dalam keadaan bersih dan kemas. Ini berikutan tugas dan tanggungjawab dipikul dengan ikhlas dan perasaan sayang terhadap peralatan begitu mendalam.
Anggota yang bertanggungjawab sentiasa melakukan pemantauan dan pembersihan sekitar bilik jentera. Setiap anggota telah diserapkan dengan nilai-nilai Amalan Berkualiti 5S bagi mengekalkan kebersihan pada tahap yang tinggi.
Bagi memudahkan kerja-kerja Amalan Berkualiti 5S, process owner telah ditubuhkan bagi memudahkan pembahagian tugas anggota serta mengawal setiap kawasan yang dijaga. Diharapkan amalan ini sentiasa dipraktik dan dikekalkan untuk masa akan datang. Bravo Zulu.










No comments:
Post a Comment