Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, June 20, 2012

KD MAHAWANGSA TERBAIK




KD MAHAWANGSA TERBAIK
tahniah diucapkan pada satria laut
tentera laut diraja malaysia
kerna punya sebuah kapal gah nama
sudah bertahun beraja di laut
sudah tempuh pelbagai uji badai
namun masih tetap teguh kukuh
masih tangkas meredah samudera
masih cekap merentas misi
masih punya semangat tinggi
masih terbaik dikalangan terbaik
kd mahawangsa terbaik
sudah selayaknya anugerah diterima
lihat sahaja susuk tubuhnya
lihat sahaja segala kelengkapan
lihat sahaja para kelasinya
lihat sahaja kecekapan anggotanya
bandingkan sahaja di rantau ini
pasti semua mengangguk mengiyakan
tanda setuju sepenuhnya jiwa
tahniah lagi sekali buat TLDM
teruskan kecemerlangan kamu itu
jagalah perairan kita sepenuhnya
jasa kamu tiada nilainya
demi kesejahteraan kita semua
dengar semboyan sudah berbunyi
belayarlah menuju destinasi
KD MAHAWANGSA TERBAIK

KD Mahawangsa Terus Digelar Terbaik Di Kalangan Terbaik

PETALING JAYA: Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus kekal sebagai yang terbaik di kalangan terbaik apabila dianugerahkan pensijilan ‘5 S’ oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Penganugerahan tersebut mencatat sejarah tersendiri apabila KD Mahawangsa menjadi kapal pertama di negara ini yang dianugerahkan pensijilan itu. Kapal yang mampu bergerak dengan kelajuan 16.5 knot dilengkapi dengan persenjataan berat, radar dan keupayaan kargo dalam jumlah yang besar itu sebelum ini diiktiraf sebagai ‘The Best Damn Ship in The Navy’.

Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kepten Jamel Abdul Rahman berkata, kapal yang berusia hampir 30 tahun itu kini lebih baik menerusi pelbagai perubahan dan penambahbaikan. “Semuanya menumpukan tentang keberkesanan dan kecekapan operasi KD Mahawangsa dengan mengutamakan aspek keselamatan. “Ia diperkukuhkan lagi menerusi kerja sepasukan yang penuh komited dan moral anggota yang tinggi,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

KD Mahawangsa yang ditauliahkan pada 16 Mei 1983 itu mencatatkan kejayaan dalam Penilaian Kesediaan Operasi tahun lalu sehingga dijadikan sebagai ‘role model’ untuk kapal-kapal TLDM lain. Kapal yang berukuran panjang 103 meter, lebar 15 meter dan mempunyai kedalaman perut lima meter itu dikategorikan sebagai Multi Purpose Command Support Ship (MPCSS). Sebelum ini, Jamel yang ditemui mStar sewaktu kapal itu berlabuh di Tawau dalam pelayarannya dari Kota Kinabalu ke Sandakan baru-baru ini berkata, secara dasarnya KD Mahawangsa boleh melakukan tugas sejajar dengan fungsinya sebagai kapal pemerhati dan logistik. Walaupun KD Mahawangsa sudah berusia hampir 30 tahun namun kapal itu masih dalam keadaan baik dan boleh terus berfungsi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...