Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, June 11, 2012

DUTA AMALAM PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

Sumber: Lt Mohamad Juhaizal bin Mohamad Junid TLDM 
             Pegawai Geladak

Sejarah telah terlakar apabila KD MAHAWANGSA dipilih sebagai Duta 5S peringkat Nasional. Pemilihan ini berdasarkan kecemerlangan KD MAHAWANGSA dalam mengurus serta mengaplikasikan Amalan 5S secara menyeluruh di ke semua lokasi kapal dan juga telah menjadi duta di setiap pelabuhan yang disinggahinya. 


Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan tersebut telah diadakan di Geladak Kereta Kebal pada 1 Jun 12 jam 1000H bersempena Majlis 10 dalam 1. 

Anugerah ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, Dato' Mohd Razali Hussain sempena "Seminar On Business Excellence: A Transformation Story Board" yang dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada 15 Mei 12 yang lalu kepada Yang Berbahagia Pegawai Memerintah. 

Penyerahan sijil tersebut telah disaksikan oleh seluruh warga kapal yang selama ini bekerja keras dalam memastikan kapal berada dalam keadaan terbaik sebilang masa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...