Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, June 05, 2012

Bintara & Laskar Terbaik Bulan Mei 12

Sumber: Lt Dya Muhamad Munawar Fitree bin Mat Kilau TLDM
             Pembantu Pegawai Navigasi



Pada 31 Mei 12, kapal telah mengadakan majlis 10 dalam 1 pada jam 0830H bertempat di Geladak Kereta Kebal. Turut diraikan Bintara dan Laskar Terbaik untuk bulan Mei 12. 


1121952 SJN Abang Amran bin Abang Kaderi telah dinobatkan sebagai Bintara Terbaik Bulan Mei 12. Beliau merupakan anggota dari pasukan Tentera Darat Malaysia dan mentadbir Rumah Sakit di kapal dengan baik. 

Beliau juga seorang yang aktif menyertai berbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kapal mahupun pangkalan. Kepercayaan yang diberikan oleh pegawai kepada bintara menyebabkan bintara dipilih sebagai bintara terbaik kali ini.


Bagi Laskar Terbaik Bulan Mei 12 jatuh kepada 824924 LK PLM Abdul Rahman bin Tawasil. Anggota telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya serta patuh pada arahan yang diberikan. 


Pihak warga 1MAHAWANGSA sekali lagi merakamkan sekalung tahniah dan syabas di atas kejayaan anggota dinobatkan sebagai Bintara dan Laskar Terbaik Bulan Mei 2012. Diharapkan dengan kejayaan itu nanti dapat menaikkan lagi semangat warga 1MAHAWANGSA supaya bekerja bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik di dalam apa jua bidang yang diceburi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...