Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, June 30, 2012

5 in 1, Majlis Penutup Buat Pemerintahan Kept Jamel di KD MAHAWANGSA

Bertempat di Geladak Kereta Kebal, sekali lagi warga 1MAHAWANGSA mengadakan majlis 5 in 1. Di mana majlis untuk kali ini diadakan sekali dengan Anugerah Bintara dan Laskar Terbaik Bulan Jun, Penghargaan buat warga 1MAHAWANGSA yang Keluar Kekuatan Anggota (KKA), Anugerah Uji Cergas Terbaik, Sambutan Ulang Tahun Kelahiran pada bulan Jun dan yang teristimewa adalah Majlis Perpisahan buat Pegawai Memerintah (PM) Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM. 


Bagi Anugerah Bintara Terbaik bulan Jun disandang oleh BK TMK Mohd Rizal bin Md Isa, manakala Anugerah Laskar Terbaik bulan Jun pula disandang oleh LK PWP Norrasid bin Ariffin.
Bintara Terbaik
Laskar Terbaik
Kredibiliti dan komitmen seseorang anggota itu menjadi salah satu ciri yang akan dinilai sebelum diiktiraf sebagai Bintara dan Laskar Terbaik bulanan, ternyata anugerah yang diberikan kepada BK TMK Mohd Rizal bin Md Isa sebagai Bintara Terbaik bulan Jun dan LK PWP Norrasid bin Ariffin sebagaiLaskar Terbaik bulan Jun tidak dapat disangkalkan lagi kerana mereka berdua dapat menunjukkan mutu kerja yang sangat memberangsangkan. 

Majlis kemudian diteruskan dengan anugerah kepada anggota yang Berjaya memperolehi keputusan yang tertinggi untuk Uji Cergas. Secara umumnya keputusan Uji Cergas ini dibahagikan mengikut peringkat umur. Bagi kategori umur di antara 18 hingga 25 dimiliki oleh LK I KOM Mohd Zulkefli bin Shahbudi, kategori umur 26 hingga 35 berjaya dimiliki oleh Lt Ahmad Firdaus bin Zakaria TLDM dan kategori umur 36 hingga 45 pula dimiliki oleh BK TLS Arbain bin Razali.

Kategori 1
Kategori 2
Kategori 3
Selesai Anugerah Uji Cergas Terbaik, majlis diteruskan dengan Penghargaan kepada anggota (KKA). Di antara warga 1MAHAWANGSA yang bertukar keluar termasuklah BK TMK Mohd Rizal bin Md Isa dan LK PWP Norrasid bin Ariffin. Mereka ini diberikan Sijil Penghargaan yang menyatakan bahawa mereka pernah berkhidmat dengan cemerlang di KD MAHAWANGSA. 

Seterusnya majlis disambung dengan sambutan Ulang tahun Kelahiran bagi anggota dan pegawai yang dilahirkan pada bulan Jun. Upacara memotong kek dan pulut kuning merupakan tradisi yang tidak dapat dipisahkan lagi dengan setiap Ulang tahun Kelahiran yang diraikan di KD MAHAWANGSA.



Kemuncak acara bagi majlis 5 in 1 ini adalah majlis Perpisahan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM kepada Komander Roslee bin Md Isa TLDM. Majlis ini turut dihadiri oleh isteri Pegawai Memerintah sendiri serta mantan-mantan pegawai, pegawai waren, bintara dan laskar yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahannya. Turut dijemput ialah tim-tim penilai daripada Markas Armada dan tidak lupa bakal Pegawai Memerintah baru KD MAHAWANGSA Komander Roslee bin Md Isa TLDM.



Kehadiran tetamu-tetamu jemputan ini sebagai penghormatan terakhir buat Pegawai Memerintah yang banyak menyumbang kepada pembaharuan dan system kerja yang produktif sepanjang beliau memegang jawatan Pegawai Kanan Armada. Sesungguhnya persaraan beliau ini sangat dirasai oleh warga 1MAHAWANGSA khususnya dan The Navy People umumnya. Persaraan beliau ini merupakan satu kejutan buat warga 1MAHAWANGSA dan disifatkan sebagai kehilangan besar kerana sifat prihatin, rendah diri dan turun padang beliau yang sukar dicari ganti pada mana-mana PegawaiMemerintah. 

Tayangan montaj khas buat Pegawai Memerintah dipertontonkan bagi mengimbau kenangan susah dan senang yang diharungi bersama-sama warga 1MAHAWANGSA. Sebagai penghargaan buat Pegawai Memerintah, wakil Wisma Perwira, Wisma Bintara dan Wisma Laskar telah tampil untuk menyampaikan cenderahati kepada Pegawai Memerintah sebagai kenang-kenangan. 




Bagi menutup majlis PM turut berbesar hati memberikan amanat dan nasihat kepada warga 1MAHAWANGSA.  


Akhir kata, kami warga 1MAHAWANGSA mendoakan kesejahteraan tuan seisi keluarga, semoga tuan Berjaya mencapai cita-cita yang dihajati dan ketahuilah kami sangat berbangga kerana pernah berkhidmat di bawah pemerintahan tuan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...