Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, June 30, 2012

5 in 1, Majlis Penutup Buat Pemerintahan Kept Jamel di KD MAHAWANGSA

Bertempat di Geladak Kereta Kebal, sekali lagi warga 1MAHAWANGSA mengadakan majlis 5 in 1. Di mana majlis untuk kali ini diadakan sekali dengan Anugerah Bintara dan Laskar Terbaik Bulan Jun, Penghargaan buat warga 1MAHAWANGSA yang Keluar Kekuatan Anggota (KKA), Anugerah Uji Cergas Terbaik, Sambutan Ulang Tahun Kelahiran pada bulan Jun dan yang teristimewa adalah Majlis Perpisahan buat Pegawai Memerintah (PM) Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM. 


Bagi Anugerah Bintara Terbaik bulan Jun disandang oleh BK TMK Mohd Rizal bin Md Isa, manakala Anugerah Laskar Terbaik bulan Jun pula disandang oleh LK PWP Norrasid bin Ariffin.
Bintara Terbaik
Laskar Terbaik
Kredibiliti dan komitmen seseorang anggota itu menjadi salah satu ciri yang akan dinilai sebelum diiktiraf sebagai Bintara dan Laskar Terbaik bulanan, ternyata anugerah yang diberikan kepada BK TMK Mohd Rizal bin Md Isa sebagai Bintara Terbaik bulan Jun dan LK PWP Norrasid bin Ariffin sebagaiLaskar Terbaik bulan Jun tidak dapat disangkalkan lagi kerana mereka berdua dapat menunjukkan mutu kerja yang sangat memberangsangkan. 

Majlis kemudian diteruskan dengan anugerah kepada anggota yang Berjaya memperolehi keputusan yang tertinggi untuk Uji Cergas. Secara umumnya keputusan Uji Cergas ini dibahagikan mengikut peringkat umur. Bagi kategori umur di antara 18 hingga 25 dimiliki oleh LK I KOM Mohd Zulkefli bin Shahbudi, kategori umur 26 hingga 35 berjaya dimiliki oleh Lt Ahmad Firdaus bin Zakaria TLDM dan kategori umur 36 hingga 45 pula dimiliki oleh BK TLS Arbain bin Razali.

Kategori 1
Kategori 2
Kategori 3
Selesai Anugerah Uji Cergas Terbaik, majlis diteruskan dengan Penghargaan kepada anggota (KKA). Di antara warga 1MAHAWANGSA yang bertukar keluar termasuklah BK TMK Mohd Rizal bin Md Isa dan LK PWP Norrasid bin Ariffin. Mereka ini diberikan Sijil Penghargaan yang menyatakan bahawa mereka pernah berkhidmat dengan cemerlang di KD MAHAWANGSA. 

Seterusnya majlis disambung dengan sambutan Ulang tahun Kelahiran bagi anggota dan pegawai yang dilahirkan pada bulan Jun. Upacara memotong kek dan pulut kuning merupakan tradisi yang tidak dapat dipisahkan lagi dengan setiap Ulang tahun Kelahiran yang diraikan di KD MAHAWANGSA.



Kemuncak acara bagi majlis 5 in 1 ini adalah majlis Perpisahan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM kepada Komander Roslee bin Md Isa TLDM. Majlis ini turut dihadiri oleh isteri Pegawai Memerintah sendiri serta mantan-mantan pegawai, pegawai waren, bintara dan laskar yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahannya. Turut dijemput ialah tim-tim penilai daripada Markas Armada dan tidak lupa bakal Pegawai Memerintah baru KD MAHAWANGSA Komander Roslee bin Md Isa TLDM.



Kehadiran tetamu-tetamu jemputan ini sebagai penghormatan terakhir buat Pegawai Memerintah yang banyak menyumbang kepada pembaharuan dan system kerja yang produktif sepanjang beliau memegang jawatan Pegawai Kanan Armada. Sesungguhnya persaraan beliau ini sangat dirasai oleh warga 1MAHAWANGSA khususnya dan The Navy People umumnya. Persaraan beliau ini merupakan satu kejutan buat warga 1MAHAWANGSA dan disifatkan sebagai kehilangan besar kerana sifat prihatin, rendah diri dan turun padang beliau yang sukar dicari ganti pada mana-mana PegawaiMemerintah. 

Tayangan montaj khas buat Pegawai Memerintah dipertontonkan bagi mengimbau kenangan susah dan senang yang diharungi bersama-sama warga 1MAHAWANGSA. Sebagai penghargaan buat Pegawai Memerintah, wakil Wisma Perwira, Wisma Bintara dan Wisma Laskar telah tampil untuk menyampaikan cenderahati kepada Pegawai Memerintah sebagai kenang-kenangan. 




Bagi menutup majlis PM turut berbesar hati memberikan amanat dan nasihat kepada warga 1MAHAWANGSA.  


Akhir kata, kami warga 1MAHAWANGSA mendoakan kesejahteraan tuan seisi keluarga, semoga tuan Berjaya mencapai cita-cita yang dihajati dan ketahuilah kami sangat berbangga kerana pernah berkhidmat di bawah pemerintahan tuan.


Thursday, June 28, 2012

Anggota Cemerlang KD MAHAWANGSA Terbilang

Sumber: Lt Mohd Khusainy bin Anua TLDM 
             Timbalan Pegawai Jurutera Hull

Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pertahanan Malaysia bagi formasi Markas Armada Tahun 2011 turut melibatkan 15 anggota LLP dari KD MAHAWANGSA. Penghargaan ini diberikan kerana telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang pada tahun tersebut. 


Diharapkan kejayaan yang dicapai oleh 15 warga 1MAHAWANGSA dapat dikongsi bersama dengan anggota KD MAHAWANGSA yang lain. Kepada anggota yang tidak berjaya menerima anugerah tersebut diharapkan dapat berusaha dengan lebih keras lagi. 

Usaha yang lebih dan berterusan harus diterapkan dalam diri semua warga 1MAHAWANGSA kerana semua yang berada di KD MAHAWANGSA ini adalah dikalangan yang terbaik. 


Akhir kata, kami seluruh warga 1MAHAWANGSA ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan 15 anggota yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ini. Selamat maju jaya dan sentiasa menjadi yang terbaik. Salam 1MAHAWANGSA.

Senarai penerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota LLP Formasi Markas Armada Tahun 2011:

BIL
NO. TENTERA
PANGKAT
NAMA
(a)
(b)
(c)
(d)
1.
817380
PW I KOM
Noor Azman bin Nordin
2.
817356
BK TMK
Mohd Roszaini bin Ibrahim
3.
818896
P/BM BDI
Rusli bin Hussain
4.
819101
BK TMK
Hasni bin Hassan
5.
819442
BK TLS
Mohd Nazri bin Hussain
6.
822010
LK PWP
Mohd Shahril bin Abd Rahman
7.
824655
BM KNA(PNK)
Mohd Sufian bin Haris
8.
826920
LK KOM (KMT)
Mohamad Hanif bin Ahmad Badri
9.
828985
LK TLS
Mohd Haffiz bin Abd Razak
10.
829033
LK TMK
Haslizan bin Md Isa
11.
829613
LK I PWP
Mohd Khairul Amin bin Jasmi
12.
830933
LK I PAP
Abdul Rahman bin Ebni Hajal
13.
833027
LK I TMK
Mohd Razis bin Abu Bakar
14.
833096
LK I PAP
Mohd Khairi Azahar bin Mohd Khoman
15.
833123
LK I TLS
Mohd Jafri bin Ahmad


1st National Conference On Quality Environment For Higher Learning Institutions In Malaysia

Sumber: Lt Mohd Khusainy bin Anua TLDM 
             Timbalan Pegawai Jurutera Hull


Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM sekali lagi berjaya menyempurnakan pembentangan beliau di 1st National Conference On Quality Environment For Higher Learning Institutions In Malaysia. 



Jemputan yang julung kalinya ke suatu majlis yang dianggap besar ini merupakan satu penghargaan besar buat warga 1MAHAWANGSA yang diwakili oleh Pegawai Memerintah sendiri. Ini kerana beliau turut dibarisi pembentang yang berlatarbelakangkan di kalangan orang yang berjaya di Malaysia. 


Kehadiran beliau sebagai wajah Tentera Laut Diraja Malaysia membuktikan bahawa tentera juga mampu untuk berjaya setanding dengan pihak luar. Keyakinan ini juga turut didorong dengan kejayaan warga 1MAHAWANGSA dalam melaksanakan pelbagai program sebelum ini. 


Jesteru itu, kami seluruh warga KD MAHAWANGSA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Diharapkan pengalaman dan ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan untuk masa akan datang. Sekian, Salam 1MAHAWANGSA dan Bravo Zulu. 

Lawatan 5S Oleh UiTM Seri Iskandar

Sumber: Lt Muhammad Hafiz Bin Mohammad TLDM
             Pembantu Ketua Pegawai Peperangan


26 Jun 2012 - Kejayaan KD Mahawangsa mendapat pengiktirafan cemerlang audit Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dikagumi pelbagai agensi kerajaan dan swasta sehingga ada yang ingin menjadikan kapal logistik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu sebagai model untuk dicontohi. Walaupun sentiasa sibuk dengan rutin kerja harian namun warga 1 MAHAWANGSA dengan berbesar hati menerima kunjungan Lawatan 5S seramai 80 orang pensyarah dan staf dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar yang tiba seawal jam 10 pagi. 


Ketibaan rombongan ini disambut dengan mesra oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM yang kemudiannya membawa rombongan ke Geladak Kereta Kebal untuk mendengar kata-kata aluan daripada Pegawai Memerintah dan menonton tayangan montaj Amalan 5S. 

Pada ucapan pembukaan yang berlangsung di Geladak Kereta Kebal, Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, Kapten Jamel Abd. Rahman berkata, Amalan 5S amat berbaloi dilaksanakan kerana berjaya mewujudkan suasana kerja yang lebih sistematik serta profesional. 


"Cabaran melaksanakannya akan menjadi lebih mudah jika mendapat kerjasama setiap warga kapal tanpa mengira hierarki pangkat dan kejayaan kapal ini adalah atas kerjasama dan pengorbanan yang dilakukan oleh setiap warga kapal demi memastikan kapal mencapai tahap pencapaian seperti sekarang.," katanya.

 
Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke sekitar kapal mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Penerangan 5S yang cukup bersemangat dan bertenaga sepanjang lawatan oleh Pegawai Memerintah, Pegawai Laksana dan para pegawai lain telah menaikkan lagi perasaan teruja rombongan dari UiTM tentang budaya dan amalan 5s yang telah diterapkan di kapal ini. 

Dalam ucapan balas oleh YBHG. Prof Ir. Dr Hjh Zainab bt Mohamed selepas melakukan Lawatan 5S di sekeliling kapal, beliau tidak menjangka KD MAHAWANGSA dapat mengekalkan tahap Amalan 5S setelah hampir 6 bulan setelah dipersijilkan. Malah berasa kagum kerana sentiasa dikemaskinikan walaupun banyak krew kapal telah bertukar keluar. Ini menunjukkan pihak pengurusan menitik beratkan Amalan 5S ini diserapkan di minda krew kapal. Tambah beliau, meskipun ada banyak lagi agensi lain yang memperoleh sijil Amalan 5S, pelaksanaannya di KD MAHAWANGSA menarik perhatian beliau kerana dilihat hampir sempurna. 


"Saya kagum dengan kesungguhan dan disiplin kakitangan kapal yang telah menjadikan 5S sebagai amalan seharian mereka.Lawatan ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk saya laksanakan di kampus nanti," katanya dalam ucapan balas. 


Diharapkan lawatan kali ini memberi manfaat yang besar kepada yang hadir dan kami warga 1MAHAWANGSA berbangga kerana kejayaan kami dapat dikongsi bersama dengan rakyat 1MALAYSIA. Sedia Berkorban.

Wednesday, June 27, 2012

Kebanggaan KD MAHAWANGSA & TLDM





Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA sekali lagi telah diberi pengiktirafan kerana diberi peluang untuk menjadi penceramah di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Sebagai Duta Persekitaran 5S, ini adalah antara tugas dan peranan yang harus dipikul dalam memastikan Amalan 5S ini berterusan. 

Sudah semestinya ini menjadi kebanggan warga KD MAHAWANGSA dan sekaligus TLDM telah menempa nama dipersada negara atas pencapaian ini.

Ceramah ini adalah sempena program persidangan 1st National Conference On Quality Environment For Higher Learning Institutions in Malaysia. Kerjasamana program ini adalah antara kerjasama UNITEN dan Kementerian Pengajian Tinggi. 

LAWATAN 5S KBS KE KD MAHAWANGSA






PUTRAJAYA, 14 Mei 2012 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadi salahsatu daripada Kementerian yang telah menerima pelawaan Unit Pengiktirafan & Anugerah, Jabatan Kecemerlangan Perniagaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk bersama-sama menyertai Lawatan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di KD Mahawangsa yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 9 Mei 2012 yang lalu.


Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatat sejarah tersendiri sebagai kapal pertama di negara ini yang dianugerahkan persijilan 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 5 Januari 2012.

KD Mahawangsa yang merupakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia seberat 4,300 tan dan sepanjang 100 meter yang berpengkalan di TLDM Lumut di Perak, Malaysia berfungsi sebagai kapal sokongan pelbagai peranan. Kapal tersebut dinamakan sempena Merong Mahawangsa, lagenda pengasas kerajaan Kedah Tua.


Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kapten Jamel Abdul Rahman berkata, kapal yang berusia hampir 30 tahun itu kini lebih baik menerusi pelbagai perubahan dan penambahbaikan.

KD Mahawangsa mampu bergerak dengan kelajuan 16.5 knot dilengkapi dengan persenjataan berat, radar dan keupayaan kargo dalam jumlah yang besar itu turut memperoleh pensijilan kualiti MS ISO 9001:2008 dan OHSAS 18001:2007. Kelengkapan dan persekitaran kapal yang dijaga rapi, pegawai dan krew kapal yang peramah dan kejayaannya dalam menyertai pelbagai misi dalam dan luar negara menjadikan kapal tersebut layak dinobatkan sebagai “THE BEST DAMN SHIP IN THE NAVY.”

Pensijilan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC, Mohd Razali Hussain kepada Jamel Abdul Rahman di atas kapal KD Mahawangsa di Pangkalan TLDM, Lumut pada Khamis, 5 Januari 2012.

Pensijilan 5S merupakan sistem amalan persekitaran berkualiti iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.

Terima kasih banyak-banyak kepada MPC dan Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kapten Jamel Abdul Rahman yang sudi menerima kunjungan seramai 200 orang itu dan membenarkan membawa kami melawat kapal KD Mahawangsa.



Disemak oleh: Razali Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)



Tuesday, June 26, 2012

Lawatan SMK Ambrose

Sumber: Lt Muhammad Hafiz bin Mohammad TLDM
             Pembantu Ketua Pegawai Peperangan


Pelajar-pelajar daripada SMK Ambrose 
menaiki elevator turun ke Geladak Kereta Kebal
Kejayaaan KD MAHAWANGSA memperoleh pengiktirafan Pengsijilan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) daripada Perbadanan Produktivit Malaysia (MPC) telah menarik minat banyak pihak untuk mengetahui kaedah dan budaya kerja yang diamalkan oleh warga 1 MAHAWANGSA. Malah kejayaan itu telah menjadikan ia adalah satu titik sejarah kerana KD MAHAWANGSA adalah satu-satunya kapal perang pertama di dalam armada Tentera Laut Diraja Malaysia yang mendapat pengiktirafan di Malaysia. Sehubungan dengan itu pada 16 Jun 12, KD MAHAWANGSA telah menerima lawatan seramai 79 orang daripada SMK Ambrose, Ayer Tawar Perak. 

Lawatan ke Anjungan
Lawatan itu adalah sebagai salah satu perkongsian pengalaman berkenaan ilmu 5S. Lawatan ini bermula pada jam 12.30 tengahari didahului dengan lawatan di bahagian Geladak Kenderaan sebelum pelajar-pelajar dan guru pengiring daripada SMK Ambrose menaiki elevator dan turun untuk menikmati juadah tengahari yang telah disediakan di Geladak Kereta Kebal. Lawatan seterusnya diteruskan ke bahagian Bilik Jentera dan pejabat-pejabat di sekitar Geladak Kereta Kebal, Rumah Masak, Anjungan dan diakhiri dengan Pejabat Kapal. 

Taklimat dan tayangan montaj di Geladak Kereta Kebal

Pelajar-pelajar daripada SMK Ambrose 
menikmati juadah tengahari di Geladak Kereta Kebal
Pengetua SMK Ambrose, Hj. Yusoff bin Hamid sangat berbangga dengan keupayaan dan kebolehan yang dipamerkan oleh warga KD MAHAWANGSA mengamalkan amalan 5S iaitu Susun, Sisih, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal. Lawatan ini turut sama diiringi oleh Kepten Hong Ken Sin PSSTLDM yang menyelaraskan pergerakan pelajar bersama-sama dengan guru pengiring. Lawatan tersebut berakhir pada jam 2.30 petang selepas tayangan montaj dan penyampaian cenderahati diantara KD MAHAWANGSA dan SMK Ambrose.

Sesi bergambar di Geladak Penerbangan

Selamat Pengantin Baru - Lt Zaidi & Kapt Zazalina

Sumber: Lt Mohd Fauzi Bin Amayah TLDM
             Pembantu Pegawai Peperangan Elektronik


Persandingan salah seorang mantan pegawai KD MAHAWANGSA iaitu Leftenan Mohd Zaidi bin Bishan TLDM telah dilansungkan pada 23 Jun 12 yang lalu bertempat di Dewan Seroja Kem KEMENTAH. Mantan pegawai KD MAHAWANGSA ini telah diperjawatkan sebagai Pegawai Tadbir seterusnya Pegawai Peperangan Elektronik di kapal ini. Kini, beliau diperjawatkan sebagai Juruiring kepada Laksamana Madya Dato’ Wira Jamil bin Osman. 


Majlis resepsi perkahwinan ini dianggap amat istimewa kerana ditaja penuh oleh Utusan Malaysia kerana beliau dan pasangannya, Kapten Zazalina binti Ghazali telah memenangi tempat kedua Peraduan Gerbang Cinta Musim Ke-3 anjuran Utusan Malaysia. Pasangan mempelai bertuah ini telah bernikah pada 21 Jun 12 yang lalu turut membawa pulang sebuah skuter, tajaan pakej perkhawinan bernilai RM80,000.00 beserta wang tunai RM3,000.00, barangan elektrik, barang kemas dan sofa. 


Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaafar serta isteri, Puan Sri Sarah binti Abdul Ghaffar dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Nordin bin Mohd Ali. Seramai 5 orang pegawai KD MAHAWANGSA telah hadir bagi mejayakan sword bearer pasangan ini yang disaksikan lebih 1,500 orang saudara-mara serta sahabat kedua-dua pasangan ini. Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kepten Jamel bin Abdul Rahman TLDM beserta isteri turut hadir di majlis ini. 


Walaupun Leftenan Zaidi merupakan mantan pegawai KD MAHAWANGSA, namun sokongan yang diberikan oleh warga 1 MAHAWANGSA kepada beliau masih berterusan sehingga ke hari ini. Warga 1 MAHAWANGSA mendoakan semoga pasangan ini dirahmati Allah dan kekal sehingga akhir hayat.

KELAHIRAN ANAK KEMBAR

Sumber: Lt Ahmad Firdaus bin Zakaria TLDM
             Pegawai Selam


Salah seorang warga KD MAHAWANGSA iaitu LK PLM Abd Rahman bin Tawasili telah dianugerahkan dengan kelahiran cahaya mata kembar pada 23 Jun 12 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Bayi kembar lelaki pertama telah selamat dilahirkan pada pukul 11.51 pagi seberat 2.80 kg manakala bayi kedua pada 11.53 pagi seberat 2.95 kg melalui pembedahan. 


Isteri LK PLM Abd Rahman iaitu Assyureen Nur bte Hamidin telah dimasukkan ke hospital pada hari Jumaat (22 Jun) pukul 12.00 tengahari. Isteri beliau telah mengadu sakit perut pada Sabtu pagi pukul 8.00 pagi. 


Seterusnya dimasukkan ke bilik bersalin sehingga kedua-dua anaknya selamat dilahirkan. Tahniah dan selamat berbahagia diucapkan kepada LK PLM Abd Rahman. Semoga dengan kehadiran insan baru akan member 1001 makna kepada beliau dan keluarga, Insyaallah.


Penyatuan dua hati satu jiwa Lt Zaidi TLDM dan Kapt Zazalina



Oleh: Mantan Pegawai Peperangan Elektronik
 
Penyatuan dua hati satu jiwa Lt Zaidi TLDM (Mantan EWO BDSN yang kini Juruiring Laksdya Datuk Jamil Osman) dan Kapt Zazalina termeterai di Dewan Seroja Kem Kementah pada 23 Jun 2012 yang lalu.  Hasil perkongsian cinta selama 4 tahun telah membawa kami melangkah ke alam perkahwinan.  “Tuah” atau rezeki seseorang sukar dijangka dan semuanya adalah kurniaan Illahi yang Maha Esa.  Saya dan Isteri amat bersyukur kerana dinobatkan sebagai Naib Juara Peraduan Gerbang Cinta Utusan Musim Ke-3 dengan meraih pakej perkahwinan bernilai RM80 ribu, sebuah motosikal, set sofa, pakej bulan madu, set barang kemas dan wang tunai RM3000.  Bukan mudah untuk meraih kejayaan ini, namun atas berkat doa, usaha dan dorongan dari pelbagai pihak kami berjaya mendapat Naib Johan pada musim kali ini.

Majlis Resepsi Perkahwinan berlangsung di Dewan Seroja Kem Kementah penuh kemeriahan dengan diserikan kehadiran Tetamu Kehormat YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar, Panglima Tentera Laut dan isteri.  Turut hadir Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Ishak dan beberapa  panglima tertinggi TLDM, TD serta rakan-rakan seperjuangan.  Dengan jemputan seramai 1500 orang, majlis yang disempurnakan oleh seramai 20 orang pegawai TLDM dalam acara silang pedang merupakan salah satu yang teramai pernah diadakan setakat ini.  Majlis yang juga mendapat liputan media dari Utusan Malaysia telah menggambarkan tiada yang mustahil untuk dicapai, hanya doa dan usaha menjadi jalan utama menuju kejayaan. 

Saya juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YBhg Kept Jamel Abd Rahman TLDM kerana sudi hadir menyerikan majlis dan memberi saya ruang khas untuk dimuatkan ke dalam portal BDSN.  Kepada seluruh warga BDSN yang hadir saya ucapkan sejuta penghargaan dan yang tidak sempat hadir saya mohon doa kalian untuk kesejahteraan saya dan isteri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...