Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, May 09, 2012

Terima Kasih Dan Selamat Maju Jaya

Sumber: Lt Mohd Khusainy bin Anua TLDM 
             Timbalan Pegawai Jurutera Hull 

Majlis bagi meraikan anggota yang akan bertukar keluar telah diadakan di Geladak Kereta Kebal pada 3 Mei 2012 pada jam 0830H. Majlis tersebut bertujuan mengenangkan jasa bakti pegawai dan anggota yang telah berkhidmat di kapal. 

Lt Kdr Mohd Zahir bin Ahmad TLDM N/403702

Penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM sebagai tanda penghargaan dan pengiktifaran menjadi salah seorang warga 1MAHAWANGSA.

Lt Kdr Mohd Faizal Izwan bin Zainon TLDM N/403769
Seramai 6 orang anggota telah diraikan untuk majlis kali ini. Mereka ialah Lt Kdr Mohd Zahir bin Ahmad TLDM N/403702, Lt Kdr Mohd Faizal Izwan bin Zainon TLDM N/403769, Lt Mohd Hilmi bin Abdul Halim TLDM N/404395, Lt Mohd Fiqri bin Othman TLDM N/404636, 833718 LK I TMK Abd Hadi bin Talib dan 833891 LK I TNL Mohamad Fariduddin bin Idris. 

Lt Mohd Fiqri bin Othman TLDM N/404636
Pihak warga 1MAHAWANGSA ingin mengucapkan ribuan terima kasih selama anda berkhidmat di sini. Jasa yang anda pernah curahkan tidak akan luntur di ingatan warga 1MAHAWANGSA. Diharapkan pertemuan kita tidak akan berakhir di sini sahaja. Selamat Maju Jaya dan Salam 1MAHAWANGSA. 

833891 LK I TNL Mohamad Fariduddin bin Idris (Wakil)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...