Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, May 11, 2012

Sambutan Hari Lahir Bulan April 2012

Sumber: Lt Mohd Khusainy bin Anua TLDM 
             Timbalan Pegawai Jurutera Hull 


Sudah menjadi satu kelaziman apabila sahaja menyebut tentang hari lahir, pasti ramai yang terbayangkan sambutan dan ucapannya. Lebih-lebih lagi tarikh keramat itu ialah hari lahir kita sendiri, sahabat handai dan juga teman rapat. 

Ucapan khas sempena hari lahir tidak lengkap bagi warga 1MAHAWANGSA tanpa sambutan yang meriah. Sambutan kali ini bagi meraikan warga Mahawangsa yang lahir pada bulan April 2012.

Pihak warga 1MAHAWANGSA amat bertuah kerana Yang Berbahagia Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM turut dilahirkan dalam bulan April bersama dengan 15 anggota yang lain. ME Department telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugasan pada kali ini. Berikut adalah senarai nama pegawai dan anggota yang meraikan hari lahir pada bulan April: 


Selamat Hari Lahir. Dengan ucapan semoga dikurniakan umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna dan jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...