Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, May 13, 2012

Majlis Wisma Perwira - 2 in 1

Oleh: Lt Hasbullah bin Hasan TLDM
         Timb. Pegawai Navigasi

Pada hari Rabu bersamaan 2 April 12 yang lalu. Ahli Wisma Perwira KD MAHAWANGSA telah menganjurkan majlis makan malam kepada pegawai baru yang melapor ke KD MAHAWANGSA dan juga yang telah bertukar keluar. Majlis 2 dalam 1 ini adalah bertujuan untuk mengucapkan selamat datang kepada ahli baru Wisma Perwira dan juga tanda terima kasih kepada pegawai yang bertukar keluar.


Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Memerintah yang cukup disegani Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM kerana sudi meluangkan masa untuk majlis ini. Dalam majlis tersebut serba sedikit amanat yang dapat dikongsi bersama adalah seperti tanggungjawab yang diamanahkan untuk mengekalkan nama  KD MAHAWANGSA yang gah di seantero armada. Beliau juga berpesan kepada pegawai-pegawai baru supaya dapat mengekalkan tradisi Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang telah dipraktikkan di kapal sebelum ini.


Akhir kata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai KD MAHAWANGSA  kerana banyak menyokong perjuangan beliau dalam memartabatkan perjuangan beliau dalam menaikkan nama KD MAHAWANGSA. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...